Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Bila BTO tarik perhatian...

May 28, 2021 | 05:30 AM



WALAU dalam keadaan Covid 19 yang semakin menimbul perhatian, dua B tetap menarik perhatian setempat dalam beberapa hari ini.



Pengumuman tawaran flat BTO (Bina Mengikut Tempahan) dari HDB mendapat tumpuan terutama dengan adanya BTO di estet matang seperti di Telok Blangah dengan flat empat bilik berharga bermula $419,000.



McDonald's pula menawarkan BTS meal, mengambil populariti daripada kumpulan popular dari Korea Selatan itu.



Hidangan selebriti itu akan dilancarkan pada 21 Jun nanti, selepas pelancarannya semalam (27 Mei) ditangguhkan.



Sejumlah 3,879 flat BTO telah ditawarkan dalam empat projek di Bukit Merah, Woodlands, Geylang dan Tengah.



1,557 flat ditawarkan di estet matang di Bukit Merah dan Geylang, di samping 2,322 flat di estet tidak matang di Tengah serta Woodlands.



Projek BTO paling kecil ialah di Telok Blangah Beacon, di bandar matang Bukit Merah - kali pertama dalam lapan tahun, flat baru dilancarkan di bandar ini.



Memberi pengamatannya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Propnex, Encik Ismail Gafoor, menjangka flat di estet matang di Bukit Merah dan Geylang akan menarik minat yang tinggi.



"Ini memandangkan kededua terletak di lokasi utama dekat bandar dan hampir dengan stesen MRT.



"Tetapi, kami tarik perhatian bahawa waktu menunggu yang dianggarkan bagi kededua projek BTO ini adalah yang paling lama di antara empat projek BTO - projek Telok Blangah Beacon mengambil masa 64 bulan dan MacPherson Weave selama 52 bulan, berbanding dengan 46 bulan bagi Garden Bloom @ Tengah and Woodgrove Ascent.



"Penantian yang agak lebih lama bagi BTO di Bukit Merah dan Geylang ini mungkin akan membuat sesetengah orang tidak memohon untuknya namun memandangkan ciri lokasi mereka yang baik, permintaan akan tetap kukuh," ujar beliau.



Ketua penyelidikan dan runding cara ERA Realty, Encik Nicholas Mak, berpendapat flat BTO di Bukit Merah atau Telok Blangah dijangka paling mendapat sambutan kerana beberapa sebab.



Selain dekat dengan stesen MRT Telok Blangah dan kemudahan seperti pasar dan pust makanan, kawasan itu mempunyai tanah perumahan terbatas, makanya akan terdapat bekalan flat HDB baru yang terhad di lokasi itu, menurut Encik Mak.



"Lagipun projek ini terletak di selatan Singapura. Jadi penduduk di tingkat lebih tinggi akan dapat menikmati pemandangan indah lautan dan Pulau Sentosa dari rumah," katanya.



Satu lagi projek BTO dijangka popular adalah Macpherson Weave, bersebelahan dengan stesen MRT MacPherson, yang juga pusat pertukaran MRT bagi Laluan Downtown dan Laluan Circle.



Namun bagi yang mereka dapat menunggu, tawaran BTO pada Ogos nanti akan memberikan lebih banyak pilihan, kata Encik Lee Sze Teck, pengarah (Kajian) Huttons Asia.



Ini termasuk projek BTO di Tampines, berhampiran dengan MRT Tampines West yang menawarkan pemandangan Kolam Air Bedok, serta flat di Kallang/Whampoa, berdekatan dengan MRT Boon Keng.



Sementara itu, pengamat memerhatikan tiada flat lima bilik dalam tawaran BTO terkini, mahupun dalam latihan sebelumnya seperti di estet matang, Bishan.



Encik Mak berpandangan satu sebab ialah pihak berkuasa tidak mahu mengundang kritikan bahawa flat BTO di estet matang popular menjadi terlalu mahal.



"Flat lima bilik adalah flat terbesar bagi kebanyakkan projek BTO dan lazimnya, paling mahal. Justeru pemerintah berharap untuk menurunkan had atasan (upper limit) bagi lingkungan harga flat BTO dengan tidak menawarkan flat lima bilik di estet popular.



"Satu lagi sebab ialah jika ada flat lima bilik baru di estet popular, kemungkinan besar lebih banyak urus niaga bernilai lebih sejuta dolar bagi flat jualan semula nanti."



Tetapi, kata Encik Mak, dasar sedemikian tidak berfikiran panjang - di atas beberapa sebab, termasuk permintaan meningkat untuk rumah lebih besar memandangkan amalan bekerja dari rumah akan berterusan dan adanya karyawan yang tidak terjejas oleh pandemik, lebih bersedia membelanjakan lebih untuk rumah lebih besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >