Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan flat jualan semula HDB turun pada Apr

Bilangan jualan turun 4.3 peratus manakala harga naik 1.1 peratus
HDB
May 05, 2023 | 05:30 AM



JUMLAH flat jualan semula HDB yang bertukar tangan berkurangan pada April sedang harganya pula meningkat sebanyak 1.1 peratus.



Bilangan flat jualan semula HDB yang dijual pada April turun sebanyak 4.3 peratus - atau 99 unit - kepada sekitar 2,188 unit, menurut data yang dikeluarkan portal hartanah 99.co dan SRX pada Khamis.



Angka itu 3.7 peratus lebih rendah berbanding April 2022.



Namun, harga jualan semula meningkat sebanyak 1.1 peratus pada April, dengan harga di estet perumahan matang naik sebanyak 1 peratus dan harga di estet bukan matang naik 0.8 peratus.



Harga bagi semua jenis flat naik pada April berbanding Mac, flat lima bilik mencatatkan kenaikan tertinggi sebanyak 1.9 peratus, diikuti 1 peratus bagi flat eksekutif.



Harga jualan semula flat tiga bilik naik 0.7 peratus dan flat empat bilik sebanyak 0.3 peratus.



Harga keseluruhan menyaksikan kenaikan 8.4 peratus dari April 2022.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analisis OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata walaupun April mencatatkan bilangan jualan semula lebih rendah, ia masih lebih tinggi daripada 2,176 unit purata bulanan yang dijual dari Oktober 2022 hingga Mac 2023.



"Pertumbuhan harga lebih kukuh dan jualan yang teguh menunjukkan pasaran jualan semula kekal berdaya tahan walaupun selepas langkah penyejukan September 2022.



"Permintaan mungkin dirangsang oleh lebih ramai pembeli yang kembali ke pasaran jualan semula selepas pemerintah mengumumkan dalam Bajet 2023 bahawa lebih banyak Geran Perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan diberi kepada pembeli flat jualan semula kali pertama," kata Cik Sun, sambil menambah bahawa harga jualan semula di estet matang telah meningkat lebih cepat daripada flat di estet bukan matang selama dua bulan berturut-turut.



"Seperti yang dijangkakan, sebilangan mereka yang kali pertama mungkin telah bertukar daripada membeli flat lebih murah di estet bukan matang kepada yang lebih mahal di estet matang kerana mereka boleh gunakan Geran Perumahan CPF tambahan untuk menokok perbezaan harga," tambahnya.



Terdapat 37 flat jualan semula HDB yang dijual pada minimum harga $1 juta pada April, turun daripada 39 unit pada Mac. Terdapat 24 flat seperti itu dijual pada Februari dan 40 pada Januari.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >