Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan flat jualan semula HDB yang dijual pada April berkurangan, namun harga naik 1.1%

May 04, 2023 | 04:43 PM



JUMLAH flat jualan semula HDB yang bertukar tangan berkurangan pada April sedang harga pula meningkat sebanyak 1.1 peratus.


Bilangan flat jualan semula HDB yang dijual pada April turun sebanyak 4.3 peratus – atau 99 unit – kepada sekitar 2,188 unit, menurut data yang dikeluarkan portal hartanah 99.co dan SRX pada Khamis.


Angka itu 3.7 peratus lebih rendah berbanding April 2022.


Namun, harga jualan semula meningkat sebanyak 1.1 peratus pada April, dengan harga di estet perumahan matang naik sebanyak 1 peratus dan harga di estet bukan matang naik 0.8 peratus.


Harga bagi semua jenis flat naik pada April berbanding Mac, flat lima bilik mencatatkan kenaikan tertinggi sebanyak 1.9 peratus, diikuti 1 peratus bagi flat eksekutif.


Harga jualan semula flat tiga bilik naik 0.7 peratus dan flat empat bilik sebanyak 0.3 peratus.


Harga keseluruhan menyaksikan kenaikan 8.4 peratus dari April 2022.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >