Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan isi rumah perlu bantuan ComCare turun pada 2022

Walau bilangan isi rumah perlu bantuan ComCare berkurangan, bantuan tunai diberi buat setiap isi rumah meningkat
Oct 09, 2023 | 07:51 PM



Bilangan isi rumah yang memerlukan bantuan ComCare telah berkurangan pada tahun kewangan 2022, di tengah-tengah pemulihan ekonomi dan pasaran buruh ekoran pandemik Covid-19 yang telah reda.

Kira-kira 36,400 isi rumah telah menerima bantuan ComCare pada tahun kewangan 2022 – penurunan sebanyak 18 hingga 21 peratus berbanding 2021 dan 2020, apabila bilangan isi rumah yang mendapat bantuan ComCare meningkat ekoran pandemik Covid-19.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata sebanyak $170 juta bantuan tunai ComCare telah diagihkan pada tahun kewangan 2022, kira-kira 4 peratus lebih rendah berbanding $177 juta yang diagihkan pada 2021.

“Penurunan ini didorong terutamanya oleh penurunan isi rumah yang menerima Bantuan Jangka Pendek hingga Sederhana (SMTA) di tengah-tengah pemulihan ekonomi dan pasaran buruh pada 2022,” kata MSF.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata walaupun bilangan isi rumah yang memerlukan bantuan ComCare telah berkurangan apabila kesan Covid-19 telah reda, jumlah bantuan yang diberikan kepada setiap isi rumah telah meningkat secara purata.

“Kami telah memperkenalkan langkah sementara dan meningkatkan kadar bantuan ComCare pada 2022 untuk menyediakan lebih banyak sokongan di tengah-tengah tekanan inflasi,” kata Encik Masagos.


Menurut MSF, bilangan penerima ComCare yang berkurangan itu disebabkan lebih ramai anggota isi rumah yang mendapat pekerjaan yang menyediakan pendapatan mencukupi untuk keperluan asas mereka pada tahun kewangan 2022, justeru mereka tidak lagi memerlukan bantuan ComCare.

Walaupun begitu, bagi mereka yang masih mendapatkan bantuan ComCare, jumlah agihan MSF kekal lebih tinggi berbanding jumlah purata tahunan pra-Covid sekitar $136 juta dari tahun kewangan 2017 hingga 2019.

Pada Julai 2023, MSF telah menaikkan tahap pendapatan isi rumah per kapita untuk ComCare kepada tidak melebihi $800, naik daripada $650. Sejak Mei 2022, MSF juga telah memudahkan penduduk yang memerlukan untuk memohon ComCare SMTA dalam talian menerusi portal SupportGoWhere.


“Pemerintah akan terus memantau perkembangan yang mungkin menjejas pendapatan penduduk di Singapura, khususnya keluarga berpendapatan rendah.

“Untuk meneruskan usaha kami memastikan sokongan sosial kekal relevan dan mencukupi, kami akan meningkatkan liputan dan akses ComCare, jika perlu,” kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >