Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan pekerjaan hampir capai paras prapandemik: MOM

Sep 15, 2022 | 05:30 AM



PASARAN pekerja terus pulih dalam suku kedua tahun ini, dengan jumlah pekerjaan mencapai 99.5 peratus daripada paras prapandemik pada Disember 2019, menurut perangkaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang dikeluarkan semalam.



Ini menyusuli pelonggaran sekatan Covid-19 Singapura yang membolehkan kegiatan perniagaan dalam sektor yang terjejas teruk oleh pandemik semakin pulih.



Pekerjaan bagi penduduk terus meningkat, dan berada 4.2 peratus lebih tinggi daripada tahap prapandemik Jun lalu.



Pekerjaan bukan penduduk juga naik menyusuli kelonggaran sekatan sempadan April lalu, tetapi kekal 10 peratus lebih rendah daripada paras prapandemik.



Menurut laporan Pasaran Pekerja Suku Kedua MOM, jumlah pekerjaan, tidak termasuk pembantu rumah asing, terus berkembang dalam separuh pertama tahun ini sebanyak 108,500 dan pulih ke sekitar tahap prapandemik menjelang Jun lalu.



Peningkatan itu rata-rata disumbang oleh bukan penduduk sebanyak 95,400 khususnya dalam sektor pembinaan dan pengeluaran sedang majikan mengisi tempat kosong berikutan kelonggaran kawalan sempadan.



Pekerjaan bukan penduduk pula naik merentas semua jenis pas, dengan kebanyakannya datang daripada permit kerja dan pas kerja lain.



Pada masa sama, pekerjaan penduduk naik dalam separuh pertama tahun ini sebanyak 13,100 dengan peningkatan terbesar dicatat dalam sektor yang sedang berkembang seperti perkhidmatan kewangan dan insurans, maklumat dan komunikasi, serta perkhidmatan profesional.



Menurut laporan itu, MOM menjangkakan pekerjaan bukan penduduk akan terus berkembang pada kadar pesat dan ini akan melonggarkan pasaran pekerja yang ketat.



Pekerjaan penduduk pula akan melihat pertumbuhan yang perlahan memandangkan kadar pengangguran di kalangan penduduk yang rendah kini.



Bagaimanapun, prospek permintaan luar semakin lemah berikutan kelembapan ekonomi global.



Masalah global, seperti konflik Russia-Ukraine, tekanan inflasi, ketegangan geopolitik di rantau ini, dan trajektori pandemik Covid-19, bermakna prospek pasaran pekerja tidak sekata merentas sektor, kata MOM.



Sektor pelancongan dan penerbangan dijangka terus meraih manfaat daripada pemulihan kukuh dalam ketibaan pengunjung antarabangsa dan penumpang udara.



Permintaan dalam sektor yang berhadapan dengan pengguna, seperti perkhidmatan makanan dan minuman, dijangkakan kekal teguh dengan pelonggaran sekatan domestik dan sempadan, kata MOM.



Tetapi pertumbuhan dalam sektor berorientasikan ke luar seperti perkhidmatan insurans dan kewangan dijangka menjadi perlahan disebabkan tekanan global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >