LAPANGAN Terbang Changi mengendalikan seramai lima juta penumpang bulan lalu, 4.6 peratus lebih tinggi berbanding bulan yang sama tahun lalu.
Pergerakan pesawat pula naik 3.2 peratus kepada 31,200 pendaratan dan perlepasan, manakala penghantaran kargo mencatat pertumbuhan kukuh 12.6 peratus kepada 177,340 tan.
Kenaikan trafik penumpang didorong pertumbuhan 17 peratus dari trafik Asia Selatan, kata Changi Airport Group.
Antara 10 pasaran utama Lapangan Terbang Changi, India berada di tempat tertinggi dengan pertumbuhan 21 peratus berbanding tahun lalu.
Pasaran India didorong oleh trafik ulang-alik ke Mumbai dan Chennai yang meningkat lebih 20 peratus.
Trafik dari China juga mencatatkan pertumbuhan sihat dua angka sebanyak 11 peratus.
Lebih setengah juta penumpang bulan lalu merupakan pasaran dari China, atau kira-kira satu dalam 10 penumpang.