Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan penumpang, penerbangan di Changi kian pulih, stabil: Iswaran

Oct 03, 2022 | 07:27 PM



PERJALANAN udara telah pulih dengan stabil sejak Singapura membuka semula sempadan kepada semua pengembara yang telah divaksin sepenuhnya tanpa ujian atau kuarantin.


Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, menyatakan demikian di Parlimen pada Isnin (3 Okt).


“Sejak minggu pertama September tahun ini, purata trafik penumpang mingguan di Lapangan Terbang Changi telah pulih melebihi 60 peratus daripada paras sebelum Covid-19,” kata beliau.


Encik Iswaran turut menambah bahawa bilangan penerbangan di Lapangan Terbang Changi juga telah pulih kepada hampir dua pertiga daripada peringkat sebelum Covid-19.


Menurut beliau, penerbangan yang telah difailkan oleh syarikat penerbangan untuk beroperasi di Lapangan Terbang Changi menjelang akhir tahun ini adalah lebih daripada 80 peratus daripada tahap sebelum Covid-19. 


“Kami menjangka ini akan meningkat lagi apabila syarikat penerbangan bertindak balas terhadap permintaan daripada pengembara, berikutan pengumuman pelonggaran sempadan baru-baru ini oleh pasaran perjalanan utama seperti Hong Kong, Jepun dan Taiwan,” ujar beliau. 


Beliau menyatakan demikian bagi menjawab soalan susulan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) tentang apakah kapasiti Lapangan Terbang Changi yang beroperasi pada masa ini, mengambil kira tenaga kerja sedia ada, perkhidmatan runcit dan infrastruktur lain dengan pembukaan semula terminal secara beransur di lapangan terbang itu. 


Encik Saktiandi turut menanyakan apakah andaian bagi anggaran bilangan penerbangan akan meningkat kepada 80 peratus daripada paras sebelum pandemik menjelang akhir tahun ini. 


Encik Iswaran menambah bahawa seperti dirancangkan, operasi berlepas bahagian selatan Terminal 2 akan dibuka semula mulai 11 Oktober ini di samping operasi ketibaan yang telah bermula pada 29 Mei.


“Dengan ini, Lapangan Terbang Changi akan mempunyai keupayaan fizikal untuk menampung sehingga 100 peratus daripada paras trafik penumpang sebelum Covid-19, atau kira-kira 70 juta penumpang setahun,” kata beliau.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >