Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan penumpang pengangkutan awam terus tunjuk pemulihan

Feb 02, 2023 | 05:30 AM



BILANGAN penumpang pengangkutan awam terus menunjukkan pemulihan pada 2022 ketika lebih ramai orang kembali bekerja dan melakukan aktiviti riadah selepas dua tahun sekatan berkaitan Covid-19.



Tahun lalu, terdapat purata 6.39 juta perjalanan bas dan kereta api sehari - 22 peratus lebih tinggi berbanding 2021.



Namun, jumlah itu masih purata tahunan yang terendah yang dicatatkan dalam sembilan tahun, dan 17 peratus di bawah paras tertinggi pada 2019.



Menurut angka yang dikeluarkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam, perjalanan MRT dan LTA mendahului pertumbuhan dengan peningkatan 30 peratus pada 2022 kepada 2.929 juta perjalanan setiap hari.



Bas pula mencatatkan kenaikan 15 peratus kepada 3.461 juta perjalanan.



Ini berbeza dengan pemulihan tahun sebelumnya, yang diketuai oleh bas.



Para pemerhati menganggap jumlah ini mungkin disebabkan laluan MRT baru yang telah dibuka, seperti tahap 2 dan 3 Laluan Thomson-East Coast.



Trend ini dijangka berterusan dengan lebih banyak laluan kereta api akan dibina dan dibuka.



Penggunaan pengangkutan dari tempat ke tempat juga meningkat, tetapi pada peratusan lebih kecil.



Jumlah penumpang kereta sewa privet naik lapan peratus pada 2022 kepada 347,000 setiap hari, manakala penumpang teksi meningkat sebanyak satu peratus kepada 235,000 perjalanan.



Lonjakan harga tambang mungkin menjejas permintaan untuk perkhidmatan ini.



Kekurangan pemandu yang dilaporkan dilihat sebagai satu lagi faktor yang menghalang pertumbuhan dalam sektor ini.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, menyatakan bahawa bekalan pemandu bagi pengangkutan dari tempat ke tempat belum pulih seiring dengan permintaan.



Buat masa ini, terdapat 57,000 pemandu aktif, berbanding 59,000 pemandu aktif pada 2021, kata beliau semalam.



Profesor madya ekonomi di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Dr Walter Theseira, berkata:



"Secara umumnya, saya jangka jumlah penumpang akan terus perlahan untuk pulih sepenuhnya ke tahap prapandemik, memandangkan kebanyakan perniagaan telah memanfaatkan lebih fleksibiliti dalam kerja, malah ada yang mengecilkan ruang pejabat mereka semasa pandemik.



"Saya tidak jangka ini akan berubah dengan ketara walaupun laluan MRT baru digunakan, kerana kebanyakan penumpang akan datang daripada khidmat laluan dan bas yang sedia ada.



"Oleh itu, memandang ke hadapan, meskipun lebih ramai warga Singapura mungkin menggunakan pengangkutan awam disebabkan ketersambungan yang lebih baik, sistem itu mungkin akan berharga lebih mahal untuk beroperasi pada dasar setiap penumpang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >