Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR PELAN KERJA JAGAAN MASYARAKAT AIC

Bilangan pusat jagaan warga emas bakal naik seganda

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mempunyai matlamat untuk memastikan bilangan pusat jagaan warga emas naik hampir seganda kepada 220 menjelang 2025 sedang Kementerian Kesihatan (MOH) meluaskan skala dan skop khidmat di pusat-pusat sedemikian.



MOH merancang menambah seganda bilangan katil di rumah jagaan kepada lebih 31,000 dalam masa 10 tahun akan datang.



Antara 2010 dengan 2020, MOH telah meningkatkan kapasiti sebanyak 70 peratus kepada 16,200 katil daripada sekitar 9,600, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semalam.



Beliau berkata demikian semasa Seminar Pelan Kerja Jagaan Masyarakat tahunan Agensi bagi Jagaan Bersepadu (AIC), yang dilakukan secara hibrid di Hotel Pan Pacific Singapore.



AIC ditubuhkan pemerintah untuk menyelaraskan khidmat jagaan warga emas.



Pusat jagaan warga emas akan mengambil alih tekanan daripada hospital akut dan rumah penjagaan sedang Singapura menghadapi penduduk yang semakin menua di mana lebih ramai warga emas sakit yang perlu dijaga, katanya.



Bilangan penyedia jagaan masyarakat juga perlu ditambah.



Sehingga hari ini, Singapura mempunyai 119 pusat jagaan warga emas.



Pusat itu bertindak sebagai tempat yang boleh dituju mereka selain menawarkan khidmat seperti program menua dengan aktif, pendamping serta maklumat tentang dan rujukan kepada khidmat jagaan.



Namun skop pusat jagaan akan ditambah, kata Encik Ong lagi.



Pada akhirnya, setiap pusat harus bertanggungjawab ke atas 1,000 hingga 4,000 warga emas dan bekerjasama dengan rangkaian masyarakat seperti pertubuhan akar umbi dan doktor awam (GP) untuk menangani keperluan kesihatan dan sosial warga tua.



Buat masa ini, warga emas melawat GP atau poliklinik sekali dalam setiap beberapa bulan bagi penyakit kronik.



Sedang mereka menanti bagi lawatan seterusnya, warga emas boleh mengunjungi pusat-pusat ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan kesihatan atau mendaftar bagi program berkaitan penuaan secara aktif.



Tetapi MOH memerlukan pusat-pusat ini membantu warga emas memantau nadi mereka, melakukan pemeriksaan kesihatan mudah dan menghubungkan mereka dengan khidmat serta penyedia jagaan kesihatan lain, tambah Encik Ong.



Tekanan semakin meningkat terhadap penduduk yang semakin menua telah memberi kesan terhadap sektor jagaan masyarakat dengan ketara, katanya, sambil menambah bahawa sektor ini telah berkembang dengan baik sepanjang beberapa tahun dan akan terus melakukan demikian.



Terdapat juga keperluan untuk meluaskan jagaan akhir hayat yang berkualiti tinggi di rumah jagaan, pusat dan hospis, kata Encik Ong.



"Sepanjang beberapa tahun lalu, kami telah menguji dan menyepadukan model jagaan baru antara hospital dan rumah jagaan.



"Kami perlu melakukan lebih banyak jagaan paliatif untuk terus diterapkan dalam masyarakat," kata beliau.



Dan rumah jagaan akan terus menjadi rakan kongsi utama.



"Penghuni rumah jagaan tidak mahu menjalani pelbagai peralihan ulang-alik hospital pada penghujung nyawa mereka kerana ini mungkin menyusahkan," tambahnya.



MOH juga akan bekerjasama dengan rumah jagaan untuk mempertingkat kemahiran dan keyakinan kakitangan mereka dalam menguruskan perjalanan akhir hayat termasuk menangani simptom kesihatan penghuni, membantu dalam perancangan jagaan lanjutan selain menawarkan sokongan emosi kepada penghuni dan anggota keluarga mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >