Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan warga emas belum divaksin turun kepada 41,000

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH warga emas berusia 60 tahun ke atas yang belum divaksin jatuh daripada 60,000 kepada sekitar 41,000 dalam tempoh sebulan, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Tambahnya, sekitar 1,000 hingga 2,000 warga emas tampil mendapatkan suntikan pertama mereka setiap minggu.



Secara keseluruhan, sebanyak 11 juta dos vaksin telah diberikan di Singapura, menurut Encik Ong lagi.



"Kini kami sedang mengusahakan untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.



"Usaha ini sudah pun dijalankan di beberapa negara dan ia penting untuk anak-anak kita, terutama sekali dengan varian baru Omicron," katanya dalam kiriman di Facebook.



Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengumumkan kes masyarakat pertama yang dijangkiti varian Omicron kelmarin (Khamis), iaitu seorang kakitangan barisan hadapan di Lapangan Terbang Changi.



Satu lagi kes jangkitan Omicron import turut disahkan kelmarin.



Kededua kes tersebut telah divaksin penuh dan telah menerima suntikan penggalak, kata MOH dalam kenyataannya.



"Salah seorang daripadanya tidak menunjukkan sebarang simptom sementara seorang lagi mengalami simptom ringan.



"Kededua kes kini sedang beransur pulih secara berasingan di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID)."



Tambahnya, ia kini sedang menjalankan usaha jejak kontak secara agresif untuk mengawal jangkitan.



Sejauh ini, sebanyak lima kes Omicron disahkan di Singapura.



Menurut MOH, kes masyarakat merupakan seorang wanita warga Singapura yang bekerja sebagai kakitangan khidmat penumpang di Terminal 1 dan 3 di Lapangan Terbang Changi.



Wanita itu berkhidmat di kawasan transit, di mana beliau mungkin telah berinteraksi dengan penumpang dari negara yang terjejas oleh jangkitan Omicron.



Beliau tidak bekerja di Terminal 4, menurut MOH, di mana tiga kes jangkitan Omicron lain dikesan.



Wanita itu diuji positif Covid-19 Rabu lalu sebagai sebahagian daripada ujian rutin mingguan yang dilaksanakan bagi kakitangan barisan hadapan yang terlibat dalam operasi pusat pemeriksaan.



Hasil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) wanita itu menunjukkan kewujudan S-gene Target Failure yang mungkin dikaitkan dengan varian Omicron, kata MOH.



Beliau, yang tidak menunjukkan sebarang simptom, mungkin berada di peringkat awal jangkitannya, tambah kementerian itu.



"Sebaik disahkan positif, beliau telah mengasingkan diri di rumah sebelum dibawa ke NCID.



"Makmal Kesihatan Awam Nasional sedang menjalankan urutan genom u--k mengesahkan varian tersebut," katanya.



Kes import yang disahkan merupakan penduduk tetap Singapura berusia 46 tahun yang kembali ke Singapura melalui Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dari Jerman dan menaiki pesawat Singapore Airlines SQ325 Isnin lalu.




KADAR VAKSINASI (IKUT UMUR)



70 tahun ke atas: 94 %

60 – 69 tahun: 96 %

50 – 59 tahun: 96 %

40 – 49 tahun: 97 %

|30 – 39 tahun: 96 %

20 – 29 tahun: 97 %

12 – 19 tahun: 93 %




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >