Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAMBUTAN HARI KEHARMONIAN KAUM

Bincang isu perpaduan secara terbuka semasa Hari Keharmonian Kaum

Jul 22, 2022 | 05:30 AM



SEMPENA Hari Keharmonian Kaum semalam, para pelajar dari Maktab Rendah Tampines Meridien dapat melihat galeri interaktif yang menghidupkan kisah peribadi guru-guru yang melalui rusuhan kaum pada tahun 1960-an.



Melalui galeri yang terletak di perpustakaan sekolah itu, para pelajar lebih sedar tentang cabaran dalam memupuk keharmonian kaum dan membangunkan empati mereka terhadap perspektif orang lain.



Teknologi realiti maya (VR) digunakan yang membolehkan pelajar menentukan tindakan yang akan mereka ambil dalam senario yang diberikan.



Ini membolehkan mereka berbincang dengan rakan-rakan mereka mengenai tindakan yang mereka pilih dan kesannya.



Para pelajar juga terlibat dalam perbincangan yang diketuai rakan sekelas mereka mengenai bagaimana media sosial boleh merumitkan hubungan kaum dan cara menangani masalah perkauman.



Menurut Ketua Subjek Pendidikan Kewarganegaraan maktab itu, Encik Teddy Tan, aktiviti-aktiviti yang berlangsung selama seminggu itu telah dirancangkan oleh majlis pelajar sekolah untuk memperingati Hari Keharmonian Kaum.



"Kami mahu menggalakkan persefahaman yang lebih mendalam antara kaum dan kami percaya bahawa ini boleh dicapai dengan lebih baik melalui dialog yang lebih terbuka tentang hubungan kaum di dalam kelas mereka di mana ia adalah satu ruang yang selamat untuk perbincangan isu-isu sensitif.



"Generasi muda hari ini mungkin tidak mengalami kepahitan dan keadaan ngeri yang dilalui semasa rusuhan kaum dulu dan kami juga ingin memperdalam keyakinan peribadi para pelajar kami tentang menjaga keharmonian kaum supaya mereka akan mengambil tindakan yang betul apabila berdepan dengan situasi yang boleh mengancam keharmonian kaum," ujar beliau.



Sejak 1997, pemerintah telah menetapkan 21 Julai sebagai Hari Keharmonian Kaum untuk warga mengenang semula bagaimana keharmonian kaum dicapai dan dinikmati bersama supaya rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1964 dan 1969 tidak berlaku lagi.



Dalam ucapannya di maktab rendah itu semalam, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata beliau sangat gembira kerana para pelajar mengambil bahagian dalam perbincangan secara terbuka dan memberikan cadangan tentang cara memerangi kenyataan dan tindakan yang menyakitkan hati.



Beliau menyeru kepada para pelajar untuk meneruskan perbualan ini dengan cara yang penuh hormat kerana ia perkara biasa untuk menghadapi pelbagai perspektif dalam mana-mana masyarakat terutamanya dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama seperti Singapura.



"Walaupun sudah lebih 58 tahun rusuhan kaum berlaku, langkah-langkah memperbaiki keadaan dan mewujudkan keharmonian antara kaum tidak akan berhenti kerana pengalaman akan terus berkembang dan semua orang akan bertindak balas secara berbeza dan kami harus teruskan usaha untuk menyemai, memupuk dan memperkukuhkan lagi keharmonian kaum di Singapura



"Dengan persefahaman, empati, dan menghormati, kepelbagaian kita boleh menjadi sumber kekuatan untuk kebaikan bersama,'' ujar beliau.



Salah seorang pelajar yang menyertai sesi dialog dan perbincangan adalah El'yez Mu'arif, pelajar tahun dua di maktab itu.



Katanya, ia amat menarik kerana membolehkan beliau berbincang dalam ruang yang selamat bersama rakan-rakannya.



"Kami berkongsi cerita dan anekdot peribadi tentang perasaan sebenar kami sebagai rakyat Singapura dan kami dapat melihat perspektif yang berbeza dan mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang isu yang dibincangkan.



Ini membolehkan kami bersikap lebih empati terhadap orang di sekeliling kami dan ini lebih baik daripada bersikap bertolak ansur dengan perbezaan kami tanpa memahami dengan lebih mendalam mengapakah ia berbeza," ujar mantan Presiden Majlis Pelajar itu.



Dalam laman Facebooknya semalam, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, yang melawat Sekolah Menengah Kranji pagi juga menyatakan bahawa langkah-langkah memperbaiki keharmonian antara kaum tidak akan berhenti.



"Langkah-langkah untuk memperkukuhkan keharmonian kaum masih diteruskan di Singapura yang berbilang agama dan kaum.



"Semasa sekolah-sekolah di Singapura memperingati Hari Keharmonian Kaum hari ini, marilah kita mengingati kepentingan mengukuhkan keharmonian kaum dan memperdalam penghayatan kita terhadap kepelbagaian budaya yang wujud di Singapura," ujar beliau.



Sekolah Menengah Kranji turut meraikan Hari Keharmonian Kaum dengan sesi-sesi dialog dan perbincangan dalam kelas di antara para pelajar mereka yang menerokai pelbagai isu-isu yang mengancam keharmonian kaum seperti stereotaip dan perkauman.




UCAPAN PERDANA MENTERI LEE HSIEN LOONG SEMPENA HARI KEHARMONIAN KAUM



"Hari ini, kita meraikan Hari Keharmonian

Kaum. Sedang kita mengkhususkan satu hari setiap tahun untuk keharmonian kaum dan agama dalam masyarakat majmuk kita, usaha mengekalkan keadaan ini tetap dan tidak akan berakhir.

Setiap generasi mempunyai perspektif berbeza tentang keharmonian kaum. Perspektif generasi saya dicorak dengan peristiwa rusuhan kaum 1964. Belia hari ini pula lebih prihatin tentang isu seperti perkauman kasual dan keagresifan mikro. Terdapat jurang yang kita sebagai sebuah masyarakat harus rapatkan dan huraikan, bukan menerusi pertelingkahan tetapi dengan empati dan pemahaman.

Pemimpin 4G telah mengumumkan rancangan memperbarui kompak sosial dan meninjau apa yang perlu dilakukan secara berbeza. Saya berharap warga Singapura akan bersama-sama menyertai usaha mencorak masyarakat yang kita ingin wujudkan.

Keharmonian kaum kita tidak sempurna, dan kita masih lagi belajar dan berkembang sebagai sebuah negara. Selagi kita tidak mengambil mudah keamanan dan bekerjasama untuk melindungi ruang bersama kita, kita akan sampai ke arah matlamat yang diinginkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >