MALAM makin tua, namun aku tidak berganjak dari tempat dudukku di atas batu-bata yang mengelilingi pokok cermai. Satu-satunya pokok cermai rendang berbuah lebat di halaman rumah yang emak dan ayah sewa. Entah mengapa malam ini aku berasa seronok padahal suasana gelap-gelita tanpa bulan dan angin.
"Piah... dah malam! Apa yang kau buat duduk di luar?" Emak menjerit. Ya? Apa yang aku buat seorang diri di sini? Aku seorang budak perempuan baru berusia lima tahun. Mungkin aku ingin tahu sesuatu.