Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biro siasatan baru akan siasat nahas penerbangan, marin

Aug 05, 2016 | 12:11 PM



SEBUAH biro siasatan nasional baru bagi menyiasat kemalangan penerbangan dan marin serta mengemuka saranan bagi agi meningkatkan keselamatan pengangkutan telah dibentuk.



Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata pada Jumaat (5 Ogos) bahawa Biro Siasatan Kemalangan Udara, yang dibentuk pada 2002, telah disusun semula menjadi Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) bagi tujuan itu.



Biro tersebut, yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos, akan menjalankan siasatan secara bebas daripada dan berasingan daripada sembarang prosiding kehakiman atau peraturan, ujar MOT dalam satu kenyataan media.



"Matlamat tunggal siasatan TSIB ialah pencegahan kemalangan dan kejadian seterusnya, ia bukan bagi tujuan meletakkan kesalahan atau liabiliti," kata kementerian itu.



Negara seperti Australia, Jepun, Britain dan Amerika Syarikat mempunyai biro serupa.



Sebagai contoh, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia ialah sebuah badan siasatan bebas yang menyiasat kemalangan penerbangan, marin, dan kereta api.



TSIB akan mengambil alih tugas menjalankan siasatan keselamatan kemalangan marin daripada Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).



MPA akan terus menyiasat insiden pematuhan peraturan bagi kapal beroperasi di perairan negara ini dan kapal Singapura di bawah bendera Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >