Boleh atur masa hantar makanan berbuka jika pesan menerusi UberEATS
May 27, 2017 | 05:30 AM
PELANGGAN yang memesan makanan menerusi UberEATS kini boleh mengatur jadual masa penghantaran makanan mereka sebelum waktu berbuka puasa Ramadan ini.
Pengguna yang memesan menerusi aplikasi UberEATS boleh memanfaatkan ciri 'pesanan dijadualkan' pada aplikasi itu untuk menentukan masa penghantaran makanan kepada 6.45 petang hingga 7.15 malam.