Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Boleh bayar zakat fitrah guna PayNow

Apr 24, 2020 | 05:30 AM



MUSLIM Singapura kini boleh membayar zakat fitrah mereka melalui kaedah terbaru - PayNow - sebagai tambahan kepada beberapa cara bayaran lain.



Ini bagi memudahkan Muslim Singapura melakukan ibadah wajib tahunan sempena Ramadan.



Pembayar boleh membuat bayaran PayNow itu dengan menggunakan kod QR atau dengan memasukkan UEN T08GB0028LZKT di aplikasi bank, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan semalam.



Bagi Ramadan tahun ini, kadar zakat fitrah adalah $5.10 bagi kadar biasa, dan $7.50 bagi kadar lebih tinggi, bagi setiap anggota keluarga.



Muis mengenalkan kadar zakat fitrah dua peringkat sejak 2005 untuk memudahkan pembayar yang mahu membayar lebih daripada kadar biasa, khususnya bagi Muslim yang memakan gred nasi lebih tinggi.



Pembayar zakat boleh memilih kadar zakat paling sesuai dengan pemakanan harian mereka.



Zakat fitrah adalah pembayaran wajib bagi semua Muslim semasa Ramadan dan tidak boleh dilakukan selepas pagi Aidilfitri.



Namun Muslim Singapura dinasihatkan supaya membuat pembayaran awal dan melalui kaedah elektronik dalam keadaan Covid-19 sekarang.



Pelbagai cara membayar zakat fitrah disediakan dan ada dijelaskan di go.gov.sg/muiszakat.



Kadar zakat fitrah ditentukan oleh Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Muis, dengan menggunakan harga median 2.3 kilogram gred beras yang menjadi makanan utama masyarakat Islam di Singapura.



Untuk maklumat lanjut, hubungi talian Muis di 6359-1199.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >