Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Boleh guna CPF beli bon pemerintah

Mar 12, 2023 | 05:30 AM



PELANGGAN pelaburan Tabung Simpanan Pekerja (CPFIA) kini boleh memanfaatkan simpanan Akaun Biasa (OA) untuk membeli bil perbendaharaan atau lebih dikenali sebagai T-bill secara dalam talian.



Pelanggan Bank OCBC boleh membuat pembelian itu bermula 31 Mac sementara pelanggan Bank UOB bermula 22 April. Bank DBS merupakan bank pertama yang membenarkan pembelian T-bill secara dalam talian.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga berkata di lelamannya bahawa portal perbankan OCBC akan mulai 31 Mac, menerima permohonan dalam talian bagi pembelian T-bill yang dibeli menggunakan OA selain Akaun Khas (SA) di bawah Skim Pelaburan CPF (CPFIS).



Ini menjadikan OCBC satu-satunya bank ejen CPFIS setakat ini yang menawarkan permohonan dalam talian untuk pembelian T-bill menggunakan dana daripada OA dan SA.



Dengan CPF menawarkan kadar faedah 2.5 peratus setahun bagi OA dan 4 peratus setahun bagi SA, beberapa pelabur telah mendesak pemerintah supaya menaikkan kadar ini di tengah-tengah peningkatan inflasi.



Sebagai perbandingan, kadar faedah T-bill dalam lelongan terakhir awal bulan ini ialah 3.98 peratus.



T-bill seterusnya pada 16 Mac ini telah dibuka dengan tawaran S$4.6 bilion bagi tempoh enam bulan.



Selain menggunakan wang CPF, T-bill juga boleh dibeli menggunakan wang tunai dan Skim Persaraan Tambahan (SRS).



Kadar faedah yang lebih tinggi telah mendorong ramai pelabur untuk mengalihkan dana mereka daripada bank-bank setempat untuk membuat pelaburan dalam T-bill.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >