Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Boleh mohon solat Jumaat esok walau sudah tunaikan pada 26 Jun

Muis: 1,700 ruang belum diisi hingga 1 tengah hari semalam, pendaftaran dibuka 10 pagi ini
Aug 13, 2020 | 05:30 AM



JEMAAH yang mendaftar bagi menunaikan solat Jumaat pada 26 Jun sekarang boleh sekali lagi mendaftar bagi melakukan solat Jumaat esok.



Pendaftaran dibuka mulai 10 pagi ini.



Masjid di Singapura dibuka bagi solat Jumaat buat kali pertama di tengah-tengah pandemik koronavirus Covid-19 pada 26 Jun, selepas tempoh pemutus litar jangkitan.



Pada waktu itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengatakan jemaah solat Jumaat berulang, iaitu yang ingin membuat tempahan kedua, tidak dibenarkan kerana tempat terhad dan bagi memberi peluang kepada jemaah yang belum dapat menunaikan solat itu.



Namun, dalam satu kenyataannya di Facebook semalam, Muis mengatakan masih ada 1,700 ruang solat Jumaat yang belum diisi hingga 1 tengah hari semalam.



Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada jemaah yang ingin melakukan solat Jumaat kedua, Muis sekarang membenarkan jemaah yang mendaftar bagi solat Jumaat pada 26 Jun mendaftar bagi solat Jumaat esok.



Tiada perincian lanjut diberikan bagi solat Jumaat lain.



"Kami faham ramai yang berharap untuk kembali ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.



"Kami berharap untuk membenarkan secara berperingkat lebih ramai jemaah untuk mendaftar lagi bagi sesi solat Jumaat yang kedua dalam beberapa minggu akan datang," kata Muis.



Semua masjid di Singapura ditutup pada 13 Mac, dengan kegiatan di masjid digantung, termasuk solat berjemaah.



Masjid dibuka semula secara berperingkat mulai 1 Jun, dengan 66 masjid dibenar mengadakan solat Jumaat pada 26 Jun.



Menjawab pertanyaan Berita Harian minggu lalu, Muis mengatakan 55,700 ruang solat Jumaat telah diperuntuk sejak masjid mengadakan semula solat itu mulai 26 Jun.



Bilangan ruang yang diperuntuk paling banyak pada 7 Ogos, apabila 9,670 disediakan.



Ini termasuk tambahan 600 ruang di empat masjid, iaitu Masjid Assyafaah, Masjid Mujahidin, Masjid Al-Istighfar dan Masjid Al-Iman.



Empat masjid itu ialah kumpulan masjid pertama yang masing-masing dibenarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) menambah ruang solat Jumaat kepada 100 orang, daripada 50 sebelum itu.



Dalam pada itu, Muis turut menekankan lagi peri pentingnya jemaah yang tidak dapat hadir ke masjid supaya membatalkan pendaftaran mereka sekurang-kurangnya sejam sebelum sesi yang ditempah bermula.



Ini bagi memberi peluang kepada jemaah lain.



Jemaah yang mendapat ruang solat pula diminta supaya tiba di masjid 10 minit sebelum sesi bermula, kerana masjid hanya dibuka pada waktu itu.



Muis juga meminta jemaah supaya jangan solat di luar masjid, atas sebab keselamatan.



"Kami memohon kesabaran dan pemahaman anda yang berterusan, supaya masjid-masjid kita terus menjadi tempat yang selamat bagi kesejahteraan semua," kata Muis.




"Kami memohon kesabaran dan pemahaman anda yang berterusan, supaya masjid-masjid kita terus menjadi tempat yang selamat bagi kesejahteraan semua."
- Muis menasihatkan Muslim jangan solat di luar masjid atas sebab keselamatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >