Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Boleh tempah slot solat Jumaat setiap minggu mulai 12 Nov, tidak perlu tunggu giliran

Nov 04, 2021 | 01:46 PM



JEMAAH boleh menempah slot solat Jumaat pada setiap minggu bermula minggu depan dan tidak lagi perlu menanti dua tiga minggu antara tempahan.

 

Mulai 12 November ini, solat Jumaat juga akan dimulakan lebih awal, selaras dengan waktu Zohor yang lebih awal. 

 

Tempahan bagi solat Jumaat tersebut dibuka pada Selasa ini. 

 

Mengumumkan sedemikian, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen berkata Muis dan pihak masjid membuat penyesuaian itu selepas membuat kajian atas kadar penempahan solat Jumaat.

 

Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri majlis Maulidur Rasul di Masjid Al Falah pada 4 November, Encik Kadir berkata sistem menempah solat Jumaat sedang diperhalusi untuk menerima tempahan solat di masjid berdasarkan ruang yang ada. Buat masa ini, sistem itu memperuntuk slot solat mengikut zon.

 

Namun di masjid, jemaah akan tetap diasingkan mengikut kumpulan 50 orang untuk mematuhi langkah pengurusan selamat.

 

Sementara itu, solat Jumaat pada minggu depan juga akan diadakan lebih awal, selaras dengan waktu Zuhur yang lebih awal.

 

Muis akan memberi butiran lanjut mengenai perubahan ini pada Isnin nanti.



Majlis Maulidir Rasul di Masjid Al-Falah itu turut dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Mufti, Dr Naziruddin Nasir dan Presiden Muis, Encik Saat Abdul Rahman.



Laporan lain:



Sesi ketiga solat Jumaat di beberapa masjid ditiadakan mulai 12 Nov, ruang bagi sesi pertama, kedua ditambah



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >