Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bom WWII perlu dihapus dekat Sungai Singapura esok

Nov 17, 2019 | 03:04 PM



RELIK bom Perang Dunia Kedua (WWII) seberat 50 kilogram dijumpai di tapak pembinaan semasa kerja-kerja penggalian, kata polis semalam (16 November).



Polis dimaklumkan akan relik perang sekitar 2.35 petang Selasa lalu di tapak pembinaan berdekatan Jiak Kim Street dan Kim Seng Road.



Pasukan Pelupusan Bahan Letupan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah mengkaji dan mendapati bahawa ia tidak selamat untuk mengalih relik dan ia harus dihapus. Ini akan berlangsung esok (18 November) antara 8 pagi dan 6 petang.



Penduduk dari kondominium Mirage Tower, Tribeca by the Waterfront dan Rivergate harus mengosongkan bangunan buat sementara semasa waktu penghapusan.



Beberapa jalan raya dan sebahagian Sungai Singapura juga akan ditutup buat sementara dari 9.30 pagi esok. Hanya kenderaan kecemasan, polis dan SAF akan mempunyai akses kepada jalan raya ini semasa penutupan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >