Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Bos dirakam video pukul pekerja mengaku salah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bos dirakam video pukul pekerja mengaku salah

Aug 19, 2015 | 08:11 AM

SEORANG pengurus syarikat teknologi maklumat semalam mengaku melakukan serangan ke atas seorang pekerja yang menyebabkan kegemparan awam apabila klip video serangan itu dimuat naik di YouTube.

Lee Yew Nam, 44 tahun, seorang majikan di Encore eServices, mengaku bersalah terhadap empat tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Encik Calvin Chan Hock Meng, 31 tahun, di pejabat syarikat itu di Jurong Town Hall Road.

Lee tidak mempunyai pekerja tetap, kecuali isterinya, dan sebaliknya mengupah pelatih dari universiti dan politeknik.

Pada Mei 2010, Encik Chan memulakan latihan amali enam bulan di Encore dengan bayaran $500 sebulan. Apabila tempoh itu berakhir, beliau terus bekerja di situ dengan gaji yang sama.

Siasatan mendedahkan Lee memukul Encik Chan, termasuk menampar dan menumbuk, kerana membuat kesilapan dan memarahinya dengan caci-maki pada 2013.

Dalam satu kejadian pada 15 Mei tahun itu, Lee berasa beliau tidak melakukan kerjanya dengan memuaskan dan kemudian menumbuknya di kepala.

Seorang pelatih, Encik Amos Yeo, 25 tahun, menyuruh Lee bertenang tetapi beliau terus memarahi Encik Chan sebelum menamparnya tiga kali.

Encik Yeo merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbitnya dan kemudian memuat naik klip video tersebut di YouTube.

Lee akan kembali ke mahkamah pada 14 September. Dia menghadapi hukuman penjara hingga dua tahun dan/atau denda.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3