Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Bosan di rumah', kemudahan teknologi antara punca terjebak dalam judi, taruhan

Mar 29, 2021 | 05:30 AM



KEMUDAHAN teknologi perhubungan, rasa bosan 'duduk terperap' di rumah terlalu lama, didorong rasa ingin tahu serta mahu cuba nasib atau sememangnya tahi judi, merupakan antara faktor yang telah menyebabkan lebih ramai terjebak dalam aktiviti perjudian dan melakukan taruhan.



Perangkaan daripada pihak polis yang didedahkan kepada Berita Harian (BH) mendapati, jumlah keseluruhan orang yang diberkas kerana terlibat dalam perjudian dan kes berkaitan taruhan melonjak hampir 50 peratus antara 2019 dan 2020.



Seramai 1,000 orang telah diberkas tahun lalu berbanding 674 (2019) dan 841 (2018).



Ini adalah peningkatan 48.37 peratus antara 2019 dan 2020, dan kenaikan 18.91 peratus bagi tangkapan untuk 2018 berbanding 2020.



Tahun lalu, seperlima atau 20 peratus daripada 1,000 yang diberkas, terlibat dalam perjudian dalam talian dan kes melibatkan taruhan dalam talian.



Ini merupakan penurunan tipis berbanding 210 orang yang diberkas atas kesalahan serupa pada 2019, namun membentuk peratusan agak besar - 31 peratus dari 674 yang dicekup.



Bagi 2018, 145 orang atau 17 peratus daripada 841 orang diberkas kerana berjudi atau melakukan taruhan secara online.



"Kadar tangkapan yang dibuat polis bagi perjudian dalam talian dan taruhan dalam talian antara 2018 dan 2020 membentuk kira-kira 22.3 peratus dari keseluruhan jumlah tangkapan yang dibuat bagi kesalahan berkaitan perjudian dan taruhan," kata jurucakap polis dalam kenyataannya kepada akhbar ini.



Umumnya para penjudi dan penggemar taruhan dalam talian mengunjungi laman perjudian yang tidak dikendalikan oleh Singapore Pools atau Singapore Turf Club - dua pengendali berlesen yang dibenarkan di sini.



Antara yang digemari para penjudi dalam talian adalah laman sukan elektronik dan laman yang menawarkan taruhan bagi perlawanan bola sepak.



Tinjauan akhbar ini mendapati peluang untuk berjudi dan membuat taruhan secara dalam talian sangat mudah dengan pelbagai tawaran disediakan.



"Kira-kira 90 peratus mereka yang diberkas adalah warga Singapura dan Penduduk Tetap. Hampir 60 peratus individu yang diberkas semasa tempoh ini didapati bekerja sedang selebihnya adalah penganggur, pelajar dan pesara," kata jurucakap polis lagi.



Sepanjang tiga tahun lalu, kira-kira 2 peratus individu yang ditangkap kerana berjudi secara dalam talian atau bagi kes berkaitan taruhan telah diberkas lebih daripada sekali bagi kesalahan di bawah Akta Perjudian Jarak Jauh.



Perangkaan yang didedahkan juga mendapati hampir 70 peratus mereka yang diberkas adalah golongan dewasa, berusia antara 36 dengan 65 tahun.



Masalah perjudian sememangnya membimbangkan apatah lagi kes wadah perjudian palsu dilaporkan meningkat lebih 18 kali antara 2019 dan 2020, sedang penipuan pelaburan pula merekodkan peningkatan 126 peratus bagi tempoh sama.



Sekurang-kurangnya $69.5 juta 'hangus' dalam 1,102 kes pelaburan palsu serta $15.4 juta 'lenyap' dalam 299 kes penipuan wadah perjudian, menurut polis dalam satu kenyataannya pada lewat Januari lalu.



Polis dalam pada itu mendedahkan, ia telah merampas wang tunai hampir $4 juta daripada aktiviti perjudian dan taruhan dalam talian sejak tiga tahun lalu.



Sesiapa yang didapati bersalah di bawah Akta Perjudian Jarak Jauh (RGA) boleh didenda sehingga $5,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >