Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah tumpangan remaja lelaki S'pura pindah ke premis baru; lebih banyak peluang tersedia sokong pemulihan penduduk

Nov 22, 2021 | 05:15 PM



LEBIH banyak peluang yang lebih baik akan diberikan kepada belia menjalani pemulihan di Rumah Tumpangan Remaja Lelaki Singapura (SBH) di premis baru SBH di 3 Bulim Drive dekat Jurong  West.



Ini akan dilakukan melalui aktiviti dan program yang membentuk tingkah laku mereka, memupuk mereka dari segi psikologi dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi potensi mereka.



Dibuka secara rasmi oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad pada Isnin (22 Nov), premis baru SBH itu dilengkapi antara lain, ruang aktiviti, bangunan sekolah, makmal sains dan dewan sukan yang menyediakan lebih banyak ruang untuk membangunkan para belia di sana dari segi akademik mahupun vokasional, serta memupuk kemahiran sosial dan pembangunan sahsiah mereka.



SBH sebelum ini bertempat di Jurong West Street 24 sebelum berpindah ke Bulim Drive pada 9 November 2019.



Di premis baru SBH, konsep Masyarakat Terapeutik atau 'Therapeutic Community' juga telah diperkenal dengan adanya lebih banyak ruang aktiviti di mana para penduduk dibahagikan kepada kumpulan lebih kecil dengan peluang pembelajaran rakan-sesama-rakan diberikan.



Ini memperkasa penduduk dengan mengetengahkan kekuatan mereka, dan membolehkan mereka menjalin ikatan yang lebih kukuh serta memotivasikan satu sama lain ke arah matlamat yang telah mereka tetapkan untuk diri mereka sendiri, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Pembukaan rasmi SBH turut dihadiri Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dan Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >