Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Brek tangan bagi semua basikal di jalan raya

Jan 26, 2021 | 05:30 AM



SEMUA basikal yang digunakan di jalan raya dan laluan awam tidak lama nanti perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu brek tangan yang berfungsi setelah pemerintah menerima satu saranan untuk melaksanakan langkah itu.



Keprihatinan keselamatan daripada penggunaan basikal tanpa brek timbul menyusuli kemalangan membawa maut tahun lalu.



Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa saranan itu yang dikemukakan Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) itu disambut oleh masyarakat mobiliti aktif, peruncit dan pejalan kaki.



"Kami akan bekerjasama rapat dengan panel itu untuk melaksanakannya. Lebih butiran akan diumumkan apabila tiba masanya," kata kementerian itu.



Peraturan baru itu akan menjejas basikal gear tetap atau fixie yang biasanya tidak mempunyai brek tangan dan akan berhenti serta-merta apabila pengayuh berhenti mengayuh.



Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya, seorang penunggang kurang berpengalaman yang sedang mengayuh basikal laju cuba memberhentikan basikal secara mendadak.



Basikal tanpa brek sebegitu menarik perhatian tahun lalu apabila seorang penunggang basikal berusia 13 tahun meninggal dunia setelah melanggar pagar besi di tempat meletak kereta bertingkat di Pasir Ris yang menyebabkan beliau jatuh dari tempat tinggi.



Remaja perempuan itu sedang menunggang basikal gear tetap milik seorang rakan untuk menuruni tanjakan dan tidak dapat menghentikannya.



Menukil kes itu dalam saranannya kepada MOT Disember tahun lalu, AMAP berkata penunggang basikal yang tidak berpengalaman mungkin mendapati ia mencabar untuk menghentikan basikal gear tetap secara berkesan.



"Walaupun basikal ini boleh mempunyai brek tangan untuk dipasang, pemilik cenderung untuk tidak melakukan demikian, kerana ia akan dianggap lebih 'cool', dan mempunyai kos senggaraan lebih rendah," tambahnya.



Dalam satu pos Facebook semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata langkah pemerintah menerima saranan itu adalah langkah baik.



"Walaupun kebanyakan basikal yang dijual datang dengan dua brek tangan, ia tepat pada masanya untuk mengambil langkah pengawalseliaan ini kerana terdapat lebih minat dalam basikal tanpa brek tangan baru-baru ini," tulisnya.



Beliau terdorong bahawa ramai penunggang basikal, pejalan kaki dan peruncit menyuarakan sokongan mereka untuk langkah ini dan bersetuju bahawa ia akan lebih selamat bagi semua pengguna jalan raya dan laluan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >