Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Brunei pengeksport telur terbaru ke Singapura

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



TELUR dari Brunei Darussalam tidak lama lagi akan sampai ke rak-rak pasar raya tempatan, sedang negara itu menjadi pengeksport telur terbaru ke Singapura.



Ini menjadikan jumlah 17 pengeksport telur ke Singapura, termasuk Malaysia, Thailand, Jepun, Australia, Sepanyol dan Poland.



Menambah Brunei kepada sumber telur Singapura membantu negara ini mempelbagai lagi sumber import telurnya, dan Brunei sedang berusaha mengeksport telur, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan semalam.



Telur itu, dari Ladang Ternakan Golden Chick Brunei, akan diimport oleh Dasoon Eggs, sebuah syarikat pembekal tempatan. Dasoon membawa masuk dua penghantaran kecil telur itu bulan lalu.



"Lebih baik bermula dengan konsainan kecil bagi melihat bagaimana hasil semua ujian oleh SFA dan juga untuk pengeksport Brunei mengetahui standard yang diperlukan Singapura," kata pengarah Dasoon, Encik Sng Kaijun.



Semasa lawatan ke Ladang Ternakan Golden Chick Brunei semalam, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata:



"Sekuriti makanan adalah satu isu. Keselamatan makanan juga penting untuk kita. Oleh itu, kami berada di sini untuk memastikan bahawa bekalan memenuhi standard kami yang tinggi dari segi keselamatan haiwan dan makanan.



"Kami berharap akreditasi ini akan membuka pasaran baru untuk industri teknologi pertanian di Brunei," tambahnya.



Usaha mempelbagai sumber telur Singapura sejak tiga tahun lalu telah membantu negara ini menghadapi gangguan bekalan yang timbul daripada isu penyakit dan ketegangan geopolitik, kata SFA.



Singapura kini mempunyai tiga ladang telur tempatan yang menyediakan sekitar 30 peratus daripada permintaan telur negara ini. Ini dijangka meningkat kepada sekitar 50 peratus apabila ladang keempat siap dan beroperasi dalam beberapa tahun.



Sebagai sebahagian daripada lawatan tiga hari beliau ke Brunei sejak semalam, Cik Fu akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan dan Menteri Sumber Utama dan Pelancongan Brunei untuk membincangkan cara mengukuhkan kerjasama dalam pembangunan pertanian makanan, perlindungan alam sekitar, pengurusan sumber air dan perubahan iklim.



Beliau juga akan bertemu dengan pegawai daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, serta alumni Program Pertukaran Kepimpinan Belia Singapura-Brunei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >