Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Buang botol sebab kematian: Hukuman penjara tertuduh dikurang 6 bulan

Dec 21, 2022 | 05:30 AM



HUKUMAN penjara seorang lelaki warga Australia yang melemparkan botol arak dari tingkat tujuh sebuah kondominium lantas terkena seorang datuk yang meninggal dunia telah dikurangkan enam bulan menyusuli rayuan yang dibuat.



Andrew Gosling, 50 tahun, telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun enam bulan pada 8 April lalu dalam apa yang disifatkan pendakwa raya sebagai kesalahan yang berbaur permusuhan terhadap orang Islam dan memburukkan agama berkenaan.



Semalam, akhbar The Straits Times melaporkan Hakim Chua Lee Ming memutuskan bahawa melihat pada semua fakta dan keadaan kes, hukuman itu tidak boleh melebihi hukuman maksimum bagi perbuatan terburu-buru yang menyebabkan kematian iaitu lima tahun.



Hakim Chua kemudian mengurangkan hukuman Gosling sebanyak enam bulan.



Pada 18 Ogos 2019, Gosling melemparkan botol kaca arak itu dari tingkat tujuh kondominium Spottiswoode 18 di Spottiswoode Park Road, ke arah sekumpulan penduduk Melayu/Islam yang sedang mengadakan barbeku.



Botol itu terkena kepala pemandu pengiriman, Encik Nasiari Sunee, 73 tahun, datuk sembilan cucu. Ia kemudian terkena bahu kanan isterinya, Cik Manisah Sitri, 69 tahun. Lengan kanan Cik Manisah terpaksa berbalut selama dua bulan.



Gosling mengaku bersalah pada Februari lalu atas perbuatannya.



Dia dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana perbuatan terburu-buru yang menyebabkan kematian dan baki hukuman 18 bulan kerana menyebabkan kecederaan parah.



Hakim Daerah Utama Victor Yeo kemudian memutuskan bahawa hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu hendaklah dilaksanakan berturut-turut selama lima tahun enam bulan.



Peguambela Gosling, peguam kanan, Encik Sreenivasan Narayanan, menegaskan bahawa hukuman Gosling bagi dua pertuduhan yang disabitkan itu harus berjalan serentak dan bukannya berturut-turut, kerana kesalahan tersebut berlaku akibat satu perbuatan membaling botol itu.



Isu peraturan satu transaksi dikemukakan. Ia dilaksanakan dalam situasi apabila dua atau lebih kesalahan berkaitan berlaku, maka hukuman yang dijatuhkan harus menjadi sebahagian daripada satu transaksi supaya tertuduh tidak dihukum dua kali kerana perbuatan yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >