Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buat laporan polis guna kios bantu diri

Oct 13, 2022 | 05:30 AM



ORANG awam kini boleh membuat laporan polis dan mengakses lain-lain perkhidmatan polis melalui kios bantu diri yang disediakan, tanpa perlu melawat Pusat Polis Kejiranan (NPC) atau Pos Polis Kejiranan.



Menurut satu kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) semalam, dua kios bantu diri itu telah dilancarkan di Pusat PerkhidmatanSG di Our Tampines Hub dan One Punggol masing-masing pada 1 Ogos dan 29 September lalu.



Kios ini menawarkan skrin sentuh berfungsi dan mempunyai permukaan pengguna yang mesra pengguna.



Perkhidmatan ini membolehkan penduduk yang tiada kemudahan internet untuk mengakses e-perkhidmatan polis dengan mudah.



Penempatan kiosk bantu diri ini di Pusat ServiceSG adalah sebahagian daripada usaha berterusan polis untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan polis dalam masyarakat, selain untuk memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang dengan lebih baik dan untuk meningkatkan usaha pendigitalan, kata kenyataan itu lagi.



Kios tersebut terletak di kawasan lobi digital Pusat PerkhidmatanSG. Kakitangan ServiceSG boleh membantu penggunaan kiosk semasa waktu operasi, dari 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Ahad (kecuali cuti awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >