Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buat tempahan di Vietnam sebelum sibuk

May 13, 2018 | 05:30 AM



SELALUNYA, Cik Lynn Siregar, 44 tahun, pemilik butik andaman pengantin Weddingku Gallery, membeli busana Hari Raya Aidilfitri buat seisi keluarga di Singapura.



Tetapi pada tahun ini, beliau sekeluarga inginkan kelainan dan ini mendorongnya pergi ke Vietnam untuk menempah baju.



Cik Lynn meluangkan empat hari di Vietnam pada bulan lalu dengan ditemankan anak sulung perempuan dan teman-temannya.



Beliau mengunjungi Pasar Ben Thanh di Bandar Ho Chi Minh.



"Saya fikir, lebih baik saya cepat-cepat tempah baju di Vietnam sebelum saya sibuk berniaga di Bazar Raya Utara semasa bulan puasa.



"Dengan baju yang sudah ditempah ini, sekurang-kurangnya, baju kami nampak lain sedikit. Kalau tidak, baju yang dibeli semua nampak sama," kata ibu tiga anak berusia 16 tahun, 18 tahun dan 22 tahun.



Lantaran itu, beliau berupaya membuat tempahan baju buat enam orang iaitu dirinya, suami, tiga anak dan seorang pembantu rumah.



Setiap anggota keluarga pula mempunyai tiga pasang baju.



"Saya pernah pergi ke Vietnam sekitar enam tahun lalu. Jadi, saya kembali ke sana kerana kain dan tempahan baju murah.



"Kedai kain pula menawarkan khidmat menjahit baju. Jadi, memang senang, saya beli kain di kedai dan tempah baju sekali di kedai itu. Mereka juga boleh siapkan baju dalam tempoh 24 jam," kata Cik Lynn.



Katanya lagi, harga kain dan tempahan sepasang baju ialah sekitar RM150 ($50.80).



Beliau turut tertarik dengan pilihan fabrik yang luas di sana daripada kain les, satin dan juga songket Thailand.



"Saya juga ada bawa kain batik yang dibeli di Indonesia untuk dipadankan dengan kain simple di sana," kata Cik Lynn.



Memandangkan ada banyak kedai di Pasar Ben Thanh, Cik Lynn membeli kain dan menempah baju di tiga kedai berlainan.



"Walaupun saya perlu beli tiket penerbangan dan bayar penginapan hotel, saya rasa sangat berbaloi membuat baju Raya untuk keluarga saya di sana.



"Sambil itu, kami seronok jalanjalan di Vietnam sebab senang hendak bergerak dengan khidmat Grab. Ada banyak makanan halal juga di sana," kata Cik Lynn.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >