Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak perempuan didakwa di mahkamah simbah remaja lelaki IQ rendah dengan air mendidih

Sep 21, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berkeperluan khas berusia 19 tahun telah dianiaya dalam sebuah bilik hotel dan diseksa beberapa kali oleh penyerangnya termasuk disiram dengan air mendidih, mahkamah daerah diberitahu semalam.



Menurut dokumen mahkamah, salah seorang daripada empat penyeksa lelaki itu didakwa mencampurkan minuman Milo dengan tahi. Bedak bayi dan minyak wangi juga didakwa dicampurkan ke dalam nasi lemaknya, lapor akhbar The Straits Times.



Dokumen tersebut tidak mendedahkan adakah mangsa telah makan nasi lemak dan minum minuman Milo itu.



Salah seorang yang didakwa menyeksa lelaki itu merupakan budak perempuan berusia 17 tahun yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identitinya.



Remaja perempuan itu didakwa di mahkamah semalam kerana dipercayai menumpahkan air mendidih ke atas lelaki tersebut di sebuah bilik hotel di Arton Boutique Hotel di Tyrwhitt Road, dekat Lavender Street pada sekitar 8 pagi, 19 Januari lalu.



Dia didakwa satu tuduhan melakukan kecederaan secara sukarela terhadap lelaki itu dengan menggunakan bahan panas. Kesnya ditangguh hingga 11 Oktober.



Remaja perempuan tersebut didakwa melakukan kesalahan itu bersama Muhammad Shahfakhry Mohamad Faizal, 21 tahun, yang kesnya sedang dipertimbang.



Shahfakhry didakwa melakukan beberapa kesalahan melibatkan mangsa.



Dalam sekurang-kurangnya tiga kejadian antara 17 dengan 25 Januari, dia dipercayai menggunakan mancis dan melecurkan leher, bahagian belakang badan dan tangan mangsa.



Pada sekitar waktu yang sama itu, Shahfakhry juga dikatakan menumbuk, memukul dan menendang mangsa dalam sekurang-kurangnya 14 kejadian.



Dia juga didakwa menggunakan beberapa objek seperti penadah sampah untuk memukul mangsa yang mengalami beberapa kecederaan termasuk patah tulang wajahnya.



Pada 18 Januari, dia didakwa mengelar tangan dan kaki lelaki itu dengan pisau cukur.



Shahfakhry dan budak perempuan itu didakwa menumpahkan air mendidih kepada lelaki itu pada hari kemudian.



Dia juga didakwa mencampurkan tahinya ke dalam minuman Milo mangsa serta nasi lemaknya dengan bedak bayi dan minyak wangi.



Secara berasingan, Shahfakhry didakwa beberapa tuduhan termasuk menggunakan dadah methamphetamine. Sidang prapengadilannya akan diadakan pada 28 September.



Dua individu lagi yang terlibat dalam penganiayaan lelaki tersebut turut dihadapkan di mahkamah sebelum ini.



Putri Nuramira Aishah Rosli, 20 tahun, dihukum latihan reformatif pada 14 September, yang melibatkan penahanan di sebuah pusat dan menjalani rejimen ketat, termasuk kaunseling dan latihan berbaris.



Seorang lagi belia perempuan dihukum setahun latihan reformatif Julai lalu. Dia tidak boleh dinamakan kerana berusia 16 tahun ketika melakukan kesalahan.



Timbalan Pendakwa Raya Selene Yap, dalam prosiding mahkamah sebelum ini menyatakan bahawa mangsa mempunyai kecerdasan, atau IQ, rendah.



Menurut dokumen mahkamah, Putri dan belia lain itu telah bertemu di sebuah bilik hotel pada 15 Januari lalu. Mangsa mula menetap di bilik tersebut pada 17 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >