GENTARASA 2016
Bukan Melayu, anak cilik turut tonjol bakat
Jun 04, 2016 | 05:30 AM
BUKAN berbangsa Melayu namun itu tidak menghambat Encik William See, 22 tahun, daripada mengambil bahagian dalam Gentarasa 2016.
Persembahan anjuran Majlis Penyelaras Kumpulan-Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) itu kembali tahun ini buat kali ke-16 dengan tema 'Genggaman Jati, Menyulam Masa'.