Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku kanak-kanak guna Realiti Terimbuh (AR) dilancar

Dec 18, 2021 | 05:30 AM



UNTUK mendedahkan kanak-kanak kepada faedah teknologi dengan cara inovatif dan menarik, Khidmat Masyarakat Touch dan rakan kongsinya melancarkan 'My Favourite Days' (Hari Kegemaran Saya), buku cerita Realiti Terimbuh (AR) setebal 35 halaman.



Buku itu mengetengahkan interaksi antara seorang budak perempuan dengan datuknya yang melawat beberapa tempat di Singapura.



Buku tersebut yang dihasilkan dengan kerjasama Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO), Meta dan MeshMinds, dilancarkan semalam oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



Dengan mengimbas lima kod QR pada halaman buku, pembaca boleh mengaktifkan penapis AR dan melihat adegan dalam buku itu menjadi hidup.



Misalnya, taman permainan naga di Toa Payoh boleh berubah menjadi taman permainan bijak dengan naga tersebut mempunyai sayap yang boleh menjadi tempat berteduh bagi kanak-kanak ketika hujan.



Kesan AR itu dicipta MeshMinds dan dihoskan pada platform Spark AR Meta.



Para penerbit berharap dapat memberi inspirasi kepada pembaca muda untuk membayangkan masa depan di mana teknologi meningkatkan kehidupan, dan membuka peluang baru.



Ketua Pegawai Eksekutif Touch, Encik James Tan, berkata:



"Saya harap buku ini bukan sahaja akan menanam minat dalam kalangan anak muda kita untuk mencapai impian mereka melalui teknologi, tetapi juga membawa keluarga bersama untuk meneroka masa depan bijak bersama."



Semasa pelancaran buku tersebut semalam, Cik Teo, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber berkata, membaca kekal asas teras pengalaman pembelajaran seseorang.



"Sangat baik melihat aktiviti membaca juga dikemas kini bagi keperluan, minat dan kecenderungan generasi baru," kata Cik Teo.



Pelancaran buku itu dihadiri 18 orang awam terdiri daripada kanak-kanak dan ibu bapa mereka secara fizikal serta orang ramai melalui penstriman dalam talian di Facebook.



Buku-buku itu tersedia dan boleh dipinjam di semua perpustakaan awam, dengan lagi 2,400 naskhah diedarkan kepada prasekolah dan sekolah rendah di sekitar Singapura.



Lagi 19,500 naskhah akan diberikan kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana, melalui program Kit Permulaan Bacaan Awal oleh Lembaga Perpustakaan Negara.



Orang ramai juga boleh mengunjungi pameran buku itu di Perpustakaan Awam Central, yang berlangsung sehingga 16 Januari tahun depan.



Pengarah Penerimaan dan Penglibatan di SNDGO, Cik Huang Weixian, berkata, buku yang dihasilkan itu merupakan contoh baik membantu kanak-kanak dan ibu bapa memahami lebih lanjut tentang Negara Bijak.



"Kami harap lebih ramai rakan kongsi akan tampil ke hadapan dengan idea mereka agar lebih banyak projek bermakna sedemikian boleh dilakukan bersama.



"Kami juga harap kanak-kanak akan membaca dan suka buka ini dan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan yang terbaik pada masa depan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >