Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku mantan Mufti Fatris dilancar bagi sokong peningkatan Darul Makmur

May 02, 2021 | 06:04 AM



BUKU tulisan mantan Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram, baru-baru ini dilancarkan untuk menyokong usaha mengumpul dana bagi peningkatan Masjid Darul Makmur.



Bertajuk ‘Saat Cakerawala Bersujud’, buku itu berdasarkan kuliah tafsir Surah Yusuf yang pernah disampaikan oleh Dr Fatris di masjid di Yishun itu.



Ia sebahagian daripada siri kuliah bertemakan 'Kisah-Kisah di Dalam Al-Quran', yang diadakan secara mingguan di Masjid Darul Makmur bermula dari awal 2014.



Buku tersebut dilancarkan dalam satu majlis di masjid itu yang dihadiri Dr Fatris bersama Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, serta pemimpin masjid pada 28 April lalu.



Darul Makmur menyasarkan untuk mengumpul $250,000 menerusi penjualan buku tersebut, dengan hasilnya akan disalurkan kepada projek peningkatan masjid.


Orang awam yang berminat untuk mendapatkan buku 'Saat Cakerawala Bersujud' boleh mendapatkannya di kaunter Masjid Darul Makmur bermula pada Khamis, 6 Mei 2021.



Mereka juga boleh membuat tempahan awal atau 'Pre-Order' yang telah dibuka di lelaman: https://campaigns.darulmakmur.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >