Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku panduan bagi tangani isu perancangan kerjaya pekerja lanjut usia

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



PARA majikan yang perlu menangani isu perancangan kerjaya yang kerap rumit untuk pekerja lebih lanjut usia, kini mempunyai sumber nasihat baru yang boleh dirujuk.



Buku panduan Perancangan Kerjaya Berstruktur, yang diperkenalkan semalam, memberi majikan satu rangka kerja untuk melaksanakan proses bagi melibatkan kakitangan dalam pembangunan kerjaya dan kemahiran.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, berkata semasa pelancaran itu bahawa inisiatif itu penting untuk menyokong tenaga kerja Singapura yang semakin tua - kira-kira 25 peratus pekerja penduduk Singapura berusia lebih 55 tahun - dan memastikan agar warga lebih lanjut usia bersedia untuk mempunyai kerjaya yang lebih lama.



"Jika kita melihat seorang pekerja yang mula bekerja pada awal 20-an, dan bersara pada usia 65 tahun, apabila beliau menjadi seorang pekerja matang pada usia 45 tahun, beliau hanya baru separuh daripada kerjayanya," ujar Dr Koh.



"Jadi, cabaran sebenar bukanlah dalam meningkatkan umur persaraan, tetapi dalam memastikan pekerja kita terus melatih semula diri mereka, untuk kekal relevan dengan keperluan perniagaan dan industri."



Dr Koh menambah bahawa cara terbaik untuk melakukan ini adalah untuk majikan berkomunikasi dengan kakitangan secara tetap sepanjang kerjaya mereka untuk membantu mereka mengembangkan kemahiran yang mereka perlukan.



Lantaran itu, panduan tersebut dapat membantu majikan memulakan perbualan ini secara tersusun dari masa pekerja mencapai usia 45 tahun.



Ia menyediakan senarai semak untuk pekerja menyatakan keutamaan mereka apabila mereka matang, seperti sama ada mereka mahukan peranan pekerjaan yang sama, mengharapkan pendapatan yang sama dan jika mereka mempunyai keprihatinan lain.



"Proses perancangan kerjaya berstruktur juga telah menggalakkan pekerja untuk mengamalkan pemikiran yang mahukan pertumbuhan dan mengambil tanggungjawab ke atas pembangunan kerjaya mereka sendiri.



"Inisiatif bersama yang diambil oleh kedua-dua majikan dan pekerja inilah yang akan menjadi ramuan rahsia kita untuk berjaya apabila ekonomi berubah dan perniagaan beralih kepada sektor pertumbuhan baharu," terang Dr Koh.



Buku panduan itu dilancarkan oleh Persekutuan Majikan-majikan Nasional Singapura (Snef) dengan kerjasama Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Snef juga bekerjasama dengan syarikat untuk merintis panduan tersebut.



Beberapa syarikat mengambil bahagian dalam program perintis itu, termasuk St Luke's ElderCare, sebuah penyedia penjagaan kesihatan dengan lebih 700 kakitangan - 35 peratus daripadanya berusia lebih 55 tahun.




"Jika kita melihat seorang pekerja yang mula bekerja pada awal 20-an, dan bersara pada usia 65 tahun, apabila beliau menjadi seorang pekerja matang pada usia 45 tahun, beliau hanya baru separuh daripada kerjayanya.

Jadi, cabaran sebenar bukanlah dalam meningkatkan umur persaraan, tetapi dalam memastikan pekerja kita terus melatih semula diri mereka, untuk kekal relevan dengan keperluan perniagaan dan industri."

- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >