Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku panduan PPIS bagi sokong keluarga asuh anak titipan

Nov 06, 2022 | 05:30 AM



DEMI menyokong keluarga yang menjaga anak-anak titipan, PPIS Oasis melancarkan penerbitan buku pertamanya bertajuk Memupuk Perhubungan - Koleksi Amalan Terbaik oleh Ibu Bapa Angkat dan Profesional - semalam.



Buku itu dilancarkan semasa Ulang Tahun ke-5 PPIS Oasis yang dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.



Buku yang dihasilkan adalah khidmat dan pengalaman keluarga titipan yang berpandukan sumbangan daripada pekerja sosial dan ibu bapa.



"Selama lima tahun PPIS Oasis mengendalikan pusat titipan ini, kami sedar bahawa ada ibu bapa titipan yang mungkin menghadapi kesukaran pada detik awal mereka menjaga anak tersebut.



"Kami ingin yakinkan mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Dengan adanya buku ini, mereka boleh merujuknya pada bila-bila masa diperlukan," kata Cik Tuminah Sapawi, Ketua Pegawai Eksekutif PPIS.



Majlis semalam yang diadakan di Treehaus, Funan Mall, disertai sekitar 100 peserta yang terdiri daripada keluarga titipin, ahli Lembaga Pengarah PPIS dan rakan dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Pusat titipan Oasis ialah agensi titipan ketiga di Singapura yang dilantik oleh MSF pada 2017.



Daripada 75 kanak-kanak pada 2017, jumlahnya telah meningkat kepada 140 kanak-kanak hari ini.



"Penerbitan buku panduan ini amat baik kerana kami dapat menimba pengalaman ibu bapa titipan yang lain.



"Setiap anak itu berbeza dan tugas mengasuhnya juga unik tetapi kami dapat banyak idea seperti pengurusan tingkah laku dan cara-cara membina perhubungan dengan anak titipan," kata Cik Zubaidah Abdullah Sani yang menjadi ibu bapa titipan pada 2019 kepada anak titipannya yang kini berumur lima tahun.



Cik Zubaidah dan suami kini mempunyai anak perempuan kembar mereka sendiri yang berumur 14 bulan.



Cik Lenny Haslinda Jaffar, ibu titipan sejak 2017, beliau telah menerima banyak sokongan dari PPIS Oasis.



"Terutamanya apabila anak-anak ini sedang dalam proses penyesuaian dan sedang cuba memahami perubahan dalam hidup, mereka mempunyai banyak emosi besar yang akan terlibat dalam proses ini.



Apabila cabaran-cabaran terasa berat, PPIS Oasis sentiasa memberi sokongan kepada saya dengan memberi cadangan alternatif, serta membantu kami menjalin rangkaian dengan ibu bapa titipan yang lain untuk berkongsi strategi," katanya yang juga menyumbang kepada buku pertama PPIS Oasis.



"Buku ini diharapkan dapat dimanfaatkan ibu bapa titipan yang boleh merujuk pelbagai tip yang dikongsi. Tip tersebut praktikal kerana ia berdasarkan pengalaman ibu bapa titipan mengasuh anak mereka dan juga pekerja sosial yang menguruskan kes-kes yang mungkin mencabar," tambah Cik Tuminah.



Apa yang menarik ialah buku tersebut turut mengandungi resipi kegemaran anak titipan yang lain.



Dengan sokongan yang PPIS Oasis berikan, serta buku panduan ini, mereka berharap lebih ramai ibu bapa dapat tampil untuk menjadi ibu bapa titipan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >