Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku panduan sokong kanak-kanak, belia titipan dilancar

Nov 21, 2021 | 05:30 AM



SATU buku panduan titipan telah dilancarkan untuk menyokong kanak-kanak dan golongan belia yang sedang dijaga keluarga titipan.



Ia bertujuan membantu mereka mengemudi fasa yang berbeza dalam perjalanan titipan mereka daripada mula dijaga keluarga titipan, membesar dalam jagaan titipan dan meninggalkan jagaan titipan itu.



Selain itu, buku panduan itu turut mengandungi maklumat mengenai aktiviti jagaan titipan yang boleh anak dan belia titipan lakukan dengan keluarga titipan selain kata-kata perangsang daripada kanak dan belia titipan yang lebih tua.



Buku panduan itu juga mempunyai dua versi berbeza bergantung pada kumpulan usia mereka.



Terdapat dua versi buku panduan titipan itu - bagi mereka yang berusia 12 tahun ke bawah dan satu lagi ialah bagi mereka yang 13 tahun ke atas.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, melancarkan buku panduan itu semalam semasa Sambutan Ulang Tahun Titipan yang ke-65 dan Majlis Penganugerahan bagi Kanak-Kanak dan Belia Titipan 2021.



Beliau berkata pihaknya akur bahawa peralihan apabila kanak-kanak memasuki jagaan titipan amat sukar.



Ini bagaimanapun menurutnya dapat diredakan dengan memastikan anak itu memahami dengan lebih baik perjalanan titipan mereka selain mengenal pasti cabaran yang dihadapi.



"(Buku ini) mengandungi panduan bagaimana untuk menjalin hubungan dengan keluarga titipan, membuat refleksi terhadap pelbagai jenis emosi yang mungkin mereka alami dan bagaimana untuk menguruskan keadaan sukar," kata Encik Masagos.



Keluarga titipan telah memberi kesan positif terhadap kehidupan lebih 6,000 kanak-kanak titipan sejak skim titipan itu bermula pada 1956.



Di bawah skim itu, keluarga titipan menawarkan rumah yang penyayang kepada kanak-kanak yang telah didera, diabaikan dan ditinggalkan dan menawarkan mereka pengalaman kehidupan keluarga yang positif.



Bertemakan "Meraikan 65 tahun Menitip Harapan dan Impian," acara itu turut meraikan pencapaian kanak-kanak titipan dan inspirasi bagi mereka untuk terus mengejar impian mereka.



Semasa acara dalam talian itu, Encik Masagos turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga titipan atas sumbangan mereka menjaga kanak-kanak yang memerlukan.



"Adalah impian kita untuk melihat mereka bukan sahaja membesar dengan baik tetapi juga berkembang maju dan menyumbang kembali kepada masyarakat," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >