Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku rakam monumen negara dilancar

Jul 19, 2018 | 12:47 PM



SEBUAH buku yang merakamkan kisah dan sejarah lebih 70 monumen negara dilancarkan di Istana pagi ini oleh Presiden Halimah Yacob.



Berjudul Monumental Treasures: Singapore's Heritage Icons, buku sebanyak 288 halaman itu menampilkan ikon warisan bangunan negara termasuk institusi sivik, tempat ibadah, sekolah, muzium dan bangunan komersial yang kaya dengan kepentingan sejarah, seni bina, sosial dan nasional.



Ini seperti Masjid Hajjah Fatimah, Hotel Raffles, Jurong Town Hall dan Istana serta Sri Temasek.



Buku itu dihasilkan sekumpulan lebih 30 wartawan akhbar The Straits Times (ST) dan diterbitkan Straits Times Press dengan sokongan Lembaga Warisan Negara (NHB).



Ketua Editor Media Inggeris/Melayu/Tamil Singapore Press Holdings (SPH), Encik Warren Fernandez, berkata pihaknya bangga dapat menghasilkan koleksi kisah bangunan bersejarah Singapura itu.



"Ia diusahakan sekumpulan lebih 30 wartawan ST, yang menggali sejarah seni binanya, masyarakat yang membinanya dan banyak kisah yang belum dikongsi tentang orang yang hidup, bekerja dan beribadah dalam bangunan tersebut," kata beliau.



Buku itu boleh didapati di kedai buku utama pada harga $40.70.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >