DENDANGAN lagu Layarkan yang dinyanyikan Encik Suhaime Roa, seorang penyanyi dan penggubah lagu yang cacat penglihatan itu menyentuh hati hadirin yang hadir dalam acara Semarak Warisan@GRC Nee Soon sempena Bulan Bahasa yang diadakan semalam.
Cik Noor Jannah Jani, seorang pakar bahasa isyarat, pula menunjukkan bahasa isyarat sedang lagu Bulan Bahasa dinyanyikan di atas pentas.