Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bunga api kembali ke Marina Bay pada malam Tahun Baru 2023 susuli pandemik dua tahun

Sep 19, 2022 | 08:32 PM



BUNGA api akan kembali ke Marina Bay di ambang sambutan Tahun Baru 2023 selepas dua tahun ditiadakan kerana pandemik Covid-19.



Sewaktu pandemik ini, bunga api 'penghitung waktu' menyambut Tahun Baru itu dipaparkan di pelbagai lokasi kejiranan bagi mengurangkan orang ramai berhimpun dan mencegah penularan Covid-19.



Acara 'Marina Bay Singapore Countdown 2023' ini dianjurkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar dan akan bermula pada 1 Disember dengan pelbagai aktiviti di kawasan persisiran. Ini kemudian membawa pada acara 'countdown' pada 31 Disember.



Pertunjukan piroteknik malam Tahun Baru bertajuk 'Star Island' itu akan menyediakan pengalaman bersilang deria di The Float@Marina Bay.



Pihak penganjur berkata penonton dapat menjangkakan pertunjukan yang menarik meliputi teknologi terkini.



Aver Asia, sayap Asia Tenggara syarikat hiburan Jepun, Avex ini, akan mengadakan pertunjukan bunga api tahun ini.



Syarikat itu bertanggungjawab mengadakan pertunjukan berbilang deria dalam acara 'countdown' 2020 yang mengetengahkan 500 dron.



Kegiatan sebulan ini melibatkan karnival dan pertunjukan serta fiesta makanan yang memaparkan lebih 30 gerai di ruang acara Bayfront.



Antara 26 hingga 31 Disember, terdapat pertunjukan cahaya malaman yang dipanggil Share The Moment yang akan mengubah permukaan Hotel The Fullerton dan Merlion, menerusi paparan kerja seni asli oleh pelajar setempat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >