PENERBANGAN TERTANGGUH, QANTAS SALAHKAN NDP SG50

CAAS: Syarikat penerbangan sudah diberitahu seawal Januari

SYARIKAT penerbangan telah diberitahu mengenai penutupan ruang udara bagi Perbarisan Hari Kebangsaan Jubli Emas seawal Januari, jelas Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan yang disiarkan dalam akhbar The Straits Times Isnin lalu mengenai satu penerbangan Qantas yang tertangguh pada malam Hari Kebangsaan.