Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Cabaran Presiden 2023 tumpu perhatian pada penjaga dan pengasuh yang perlu sokongan: Presiden Halimah

Jul 31, 2022 | 01:20 PM

TUMPUAN yang disasarkan terhadap penjagaan dan huraian berkesan untuk membantu penjaga, termasuk mereka yang menjaga ahli keluarga yang kurang upaya atau mengalami sakit mental diperlukan.

Justeru, Cabaran Presiden tahun depan (2023) akan memberi tumpuan terhadap penjaga, kata Presiden Halimah Yacob.

Dalam kiriman Facebooknya pada Ahad (31 Julai), beliau menjelaskan bahawa peranan menjaga boleh membebani seseorang secara fizikal dan mental lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak disokong.

Satu kajian yang dilakukan beberapa tahun lalu mendedahkan bahawa sepertiga mereka yang menjaga orang tersayang merupakan satu-satunya penjaga disebabkan kurang sokongan.

Satu penyelidikan Institut Kesihatan Mental (IMH) pula mendapati bahawa lebih separuh mengalami penyakit fizikal kronik atau masalah psikologi. 

Walaupun terdapat beberapa persamaan, Puan Halimah akui bahawa para penjaga mempunyai keperluan amat berbeza, lantas tidak ada satu huraian sama yang dapat digunakan untuk semua.

“Kebanyakan perlu menjalankan komitmen seumur hidup bagi orang tersayang yang amat sakit atau tidak berupaya. Begitu keadaannya bagi mereka yang menjaga ahli keluarga yang mengalami kehilangan upaya intelek atau fizikal yang teruk.

"Begitu juga keadaannya bagi mereka yang menjaga orang tersayang yang mengalami penyakit mental teruk di mana dalam beberapa kes tiada jumlah perubatan atau terapi akan benar-benar membantu,” katanya.

Yang paling penting adalah mereka memerlukan sokongan kewangan, kata Puan Halimah.
--

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3