Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabaran Presiden akan beri fokus golongan penjaga

Aug 01, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob berkata tumpuan lebih khusus harus diberikan kepada para penjaga yang menjaga ahli keluarga yang sakit dan huraian berkesan harus difikirkan bagi membantu golongan itu.



Justeru, Cabaran Presiden tahun depan akan memberi tumpuan terhadap golongan penjaga, termasuk mereka yang menjaga ahli keluarga yang kurang upaya atau mengalami sakit mental di rumah.



Dalam catatannya di Facebook, Puan Halimah menjelaskan bahawa peranan menjaga amat berat dan membebankan seseorang secara fizikal dan mental lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak menerima sokongan.



Satu kajian yang dilakukan beberapa tahun lalu mendedahkan bahawa sepertiga mereka yang menjaga orang tersayang, merupakan satu-satunya penjaga disebabkan kurang sokongan.



Satu penyelidikan Institut Kesihatan Mental (IMH) pula mendapati bahawa lebih separuh mengalami penyakit fizikal kronik atau masalah psikologi.



Pilihan bagi penjaga mendapatkan khidmat jagaan sementara supaya mereka dapat berehat, serta membolehkan mereka memanfaatkan rangkaian sokongan sosial kukuh dan khidmat kecemasan dapat membantu, katanya sambil merujuk kepada pengalaman menyayat hati beliau ketika bertemu seorang ibu yang menjaga anaknya yang mengalami autisme.



Anak lelakinya itu kadangkala mencederakan ibunya, dan setelah si ibu didiagnos dengan barah, si ibu mahu menamatkan hidupnya supaya dapat keluar daripada kesengsaraan yang dialami.



Walaupun terdapat beberapa persamaan, Puan Halimah akui bahawa para penjaga juga mempunyai keperluan amat berbeza, lantas tidak ada satu huraian sama yang dapat digunakan untuk semua.



"Kebanyakan perlu menjalankan komitmen seumur hidup bagi orang tersayang yang amat sakit atau tidak berupaya. Begitu keadaannya bagi mereka yang menjaga ahli keluarga yang mengalami kehilangan upaya intelek atau fizikal yang teruk. Begitu juga keadaannya bagi mereka yang menjaga orang tersayang yang mengalami penyakit mental teruk di mana dalam beberapa kes tiada jumlah perubatan atau terapi akan benar-benar membantu," katanya.



Yang paling penting adalah mereka memerlukan sokongan kewangan, kata Puan Halimah, di samping orang yang bersedia mendengar keluhan mereka. Ini kerana penjaga yang menjaga seseorang yang kurang upaya tidak dapat bekerja.



"Syif mereka kadangkala 24/7. Walau sedang orang tersayangnya sedang tidur, mereka risau apa berlaku sekiranya beliau bangun di tengah malam dan terlibat dalam beberapa kegiatan yang membahayakan diri," ujarnya.



Sedang masyarakat bergantung banyak ke atas keluarga, keluarga juga mengalami tekanan yang hebat, lebih-lebih lagi jika terdapat anak-anak lain, atau ibu bapa tua yang mengalami demensia untuk dijaga.



Bukan semua keluarga mampu mendapatkan khidmat pembantu rumah, katanya.



"Masyarakat kita semakin menua dan kita hidup lebih lama dengan penjagaan kesihatan yang baik yang telah melanjutkan beban berat yang dipikul penjaga.



"Selain keperluan asas seperti sokongan kewangan lebih besar, kita perlu menyediakan pelbagai pilihan bagi keperluan berbeza penjaga yang menjaga kehilangan upaya berbeza seperti demensia, golongan yang mengalami kehilangan upaya intelek atau fizikal, mereka yang mengalami penyakit mental teruk," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >