Subuh
5:29
Syuruk
6:51
Zuhur
12:54
Asar
4:17
Maghrib
6:54
Isyak
8:08
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Cabul kehormatan: Lelaki 34 tahun diberkas

May 10, 2020 | 07:30 PM

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu kes mencabul kehormatan.

Dalam kenyataannya hari ini, polis berkata ia menerima maklumat kelmarin bahawa mangsa, seorang wanita, telah oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di Stesen MRT Jalan Besar pada 7 Mei lalu.

Melalui pertanyaan di lapangan dan dengan bantuan gambar dari kamera polis, anggota polis dari Divisyen Sentral berjaya mengenalpasti identiti lelaki itu.

Dia telah ditangkap di sepanjang Lorong Chencharu, dekat Sembawang Road, pada hari yang sama.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Jika disabit kesalahan mencabul kehormatan, pelaku boleh dipenjara sehingga dua tahun, atau denda, atau disebat, atau ketiga-tiganya sekali. 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian