Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Cacar monyet, vaksin seluruh negara tidak disyor: Ye Kung

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH memvaksin seluruh penduduk dengan vaksin cacar tidak disyorkan sebagai strategi mencegah penyakit cacar monyet meskipun vaksin tersebut adalah sehingga 85 peratus berkesan, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Ini kerana vaksin itu mempunyai kesan sampingan yang berpotensi teruk, dan risiko kerumitannya melebihi manfaat bagi penduduk umum kerana mereka berisiko rendah dijangkiti cacar monyet.



"Melaksanakan tanggungjawab peribadi untuk mengelak kegiatan berisiko tinggi, terutamanya apabila bergejala, dan mengamalkan kebersihan peribadi yang baik kekal berkesan dalam mengurangkan risiko penularan dalam kalangan penduduk umum," kata beliau dalam jawapan bertulis kepada soalan parlimen kelmarin.



Encik Ong turut berkata bahawa Kementerian Kesihatan (MOH) telah membangunkan protokol dan proses untuk mengendalikan kes cacar monyet, dan ini telah digunakan bagi kes import baru-baru ini yang dilaporkan pada 21 Jun lalu.



Kes itu melibatkan seorang lelaki warga Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugari dan berada di Singapura antara 15 dengan 17 Jun dan sekali lagi pada 19 Jun ketika beliau terbang masuk dan keluar.



Pesakit itu dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), dan seramai 13 kenalan rapatnya telah dikenal pasti dan diletak di bawah kuarantin selama 21 hari sejak hubungan terakhir mereka dengan pesakit.



"Serupa dengan pengurusan penyakit berjangkit baru yang lain, kunci dalam mengawal penularan cacar monyet adalah melalui diagnosis awal dan pengasingan kes, penjejakan kontak dan memantau kenalan rapat, serta meletakkan mereka di bawah kuarantin jika perlu," kata Encik Ong.



Pengunjung yang masuk Singapura perlu mengisytiharkan gejala relevan menggunakan Kad Pengisytiharan Kesihatan elektronik semasa tiba bagi mengesan kes awal.



Individu yang melaporkan gejala akan dirujuk bagi penilaian lanjut.



Mereka yang mengalami gejala penyakit itu digesa berjumpa doktor dengan segera dan mengasingkan diri mereka, kata beliau.



Dalam usaha mengurangkan penularan, kes cacar monyet akan diasingkan di hospital, dan kenalan rapat mereka akan dikuarantin sehingga 21 hari mulai tarikh pendedahan terakhir mereka dengan pesakit.



"MOH juga telah menyediakan maklumat terkini secara kerap kepada semua pengamal perubatan dan institusi penjagaan kesihatan mengenai situasi cacar monyet, termasuk panduan dan protokol mengenai kriteria untuk mengenal pasti kes disyaki dan juga pengurusan kes yang disahkan," kata Encik Ong.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 22 Jun lalu melaporkan bahawa sejak 1 Januari lalu, lebih 3,400 kes cacar monyet disahkan makmal telah dikesan di 49 negara, termasuk satu kes import di Singapura.



Cacar monyet bagaimanapun tidak mungkin menjadi pandemik global seperti Covid-19 kerana penularannya memerlukan hubungan fizikal yang rapat atau berpanjangan dengan individu berjangkit atau bahan yang tercemar, kata Encik Ong.



Pesakit cacar monyet mengambil masa antara dua dengan empat minggu untuk pulih, dan sebilangan kecil mereka yang dijangkiti boleh jatuh sakit teruk atau mati.



Encik Ong berkata MOH akan terus memantau situasi cacar monyet dengan teliti dan menyesuaikan kesediaan dan langkah respons mengikut keperluan.



"Orang awam digalak mengikuti nasihat pemerintah. Mereka harus melaksanakan tanggungjawab peribadi untuk memantau kesihatan peribadi mereka dan mengekalkan kebersihan baik, terutamanya semasa melancong.



"Mereka juga harus mengelakkan hubungan rapat dengan individu lain yang dikenal pasti atau disyaki dijangkiti cacar monyet," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >