PARTI Tindakan Rakyat (PAP) menyangkal satu persatu rancangan yang dilakarkan Parti Pembaharuan (RP) dalam manifesto parti itu yang didedahkan semalam.
Calon pasukan PAP bagi GRC West Coast - Encik S. Iswaran, Encik Lim Hng Kiang, Cik Foo Mee Har, dan Encik Patrick Tay - membidas saranan RP berkaitan Tabung Simpanan Pekerja (CPF), pekerja asing, gaji minimum dan Perkhidmatan Negara (NS) dalam satu sidang media semalam.