Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cat warna-warni terpalit di mana-mana

Splat Paint House bukan sahaja jadi ruang berseronok bahkan tempat redakan stres
Jul 20, 2019 | 05:30 AM



TATKALA menjejakkan kaki di Splat Paint House, kelihatan bekas cat warna-warni yang telah disimbah memenuhi tembok, cermin tingkap, lantai serta segala perabot yang terdapat dalam ruang bilik itu.



Jelas terbukti bahawa seni lukis adalah palitan, yang walaupun 'berkecah', tetap tampak indah.



Studio sementara yang terletak di Mox, Joo Chiat itu mengizinkan pengunjung 'menyimbah cat' ke atas kanvas mereka sendiri menggunakan pelbagai alat termasuk belon, botol penyembur dan pistol air.



Dengan mengenakan baju senyawa, pelanggan dapat memasuki 'arena simbah cat' tersebut tanpa sekatan undang-undang.



Mereka dapat menyimbah cat ke mana sahaja yang mereka suka, menggunakan apa jua cara, asalkan tidak merosakkan kanvas orang lain.



Dibuka bulan lalu, konsep baru yang diperkenalkan pengasas Splat Paint House itu, Cik Andrea Lim, 27 tahun, diinspirasikan daripada pengalamannya sendiri di Portland, Oregon.



Warga Singapura itu diundang ke gudang rakannya, di mana mereka sama-sama mencorakkan bilik yang tidak digunakan lagi dengan menggunakan cat.



Menggambarkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang amat seronok, Cik Lim berkongsi bahawa selalunya, seni lukis jika dilihat secara konvensional, memerlukan banyak kemahiran dan teknik yang perlu dipelajari.



Namun, beliau ingin seni lukis dilihat sebagai suatu yang menyeronokkan, dan supaya setiap individu bangga dengan hasil kerja mereka.



"Saya rasa ramai orang, bukan sahaja warga Singapura, diberitahu dari usia yang muda sama ada mereka baik dalam seni, secara langsung atau tidak langsung daripada guru dan tugasan yang dinilai.



"Saya harap dengan memperkenalkan konsep simbah cat ini, mereka menyedari bahawa seni adalah untuk semua.



"Mungkin anda tidak boleh melukis atau mengecat sesuatu mirip benda lain, tetapi tentunya anda dapat berseronok menghasilkan sesuatu yang anda akan bangga untuk ketengahkan dan miliki," ujarnya positif.



Sejak ia dibuka bulan lalu, Cik Lim berkongsi bahawa lebih 200 orang telah mengunjungi tempat itu.



Antaranya ialah mahasiswa Universiti SIM (UniSIM), Cik Sorfina Puteri Wardi, 21 tahun, yang telah mengunjungi studio itu bersama dua lagi rakannya.



Baginya, usaha tersebut baik kerana ia "meredakan stres".



"Ramai yang berfikiran bahawa seni adalah sesuatu yang perlu dihalusi dan terkawal.



"Namun apa yang saya suka tentang jenis sebegini adalah anda dapat menghasilkan sesuatu yang unik kepada diri anda sendiri... orang lain tidak akan dapat menirunya."



Splat Paint House kini merupakan projek sementara di bawah The Creative Square Company dan ia akan dibuka sehingga 15 Ogos tahun ini.



Namun, jika sambutannya memberangsangkan, Cik Lim mempunyai rancangan untuk membuka studio lebih luas dalam lokasi tetap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >