Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Banyak maklumat diraih bersua penduduk

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

CATATAN WARTAWAN

Banyak maklumat diraih bersua penduduk

Jun 19, 2022 | 05:30 AM

ADA yang kehilangan kerja semasa pandemik, ada yang sedang mempertimbangkan pilihan selepas Perkhidmatan Negara (NS), ada pula yang mahu cari kerja tetapi menghadapi masalah kesihatan.

Ini merupakan antara penduduk yang ditemui pemimpin kesatuan dalam satu program mendampingi masyarakat di bawah inisiatif M Kuasa Tiga (M3) di Geylang Serai (Eunos Crescent) dan Bedok.

Pemimpin kesatuan itu pergi rumah ke rumah, mengetuk pintu penduduk, serta memperkenalkan diri sebelum bertanya kepada penduduk mengenai bantuan yang diperlukan.

Sebagai pemimpin kesatuan, mereka juga memberi bimbingan dan nasihat mengenai pekerjaan, serta mengongsi pengalaman mereka dalam industri tertentu.

Penduduk yang ditemui itu sebenarnya sudah dikenal pasti dahulu, berdasarkan data atau tinjauan yang dilakukan M3 sebelum ini.

Penduduk itu termasuk golongan yang mencari kerja, pekerja 'gig', dan antaranya juga termasuk penduduk di flat sewa.

Berita Minggu (BM) baru-baru ini berpeluang ikut serta Presiden Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE), Encik Ardi Amir, dalam lawatannya menemui penduduk di flat sewa Eunos Crescent.

Beliau ditemani oleh seorang kakitangan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Siti Nurhidaya Anwardeen.

Dalam satu lawatan itu, mereka telah pergi ke rumah seorang anak muda yang sedang mempertimbangkan pilihannya selepas tamat menjalani NS tidak lama lagi.

Pegawai NTUC dan pemimpin kesatuan dalam lawatan mereka sebelum ini sebenarnya telah menemui ibu pemuda itu, yang kemudian menyarankan anak lelaki itu untuk mendapatkan nasihat mereka.

Nota itu memaklumkan penduduk mengenai usaha NTUC dan M3 untuk membantu pekerja Melayu/Islam meraih pekerjaan lebih baik, serta meraih gaji dan kemahiran yang lebih baik.

Dalam lawatan itu, Encik Ardi bertanya kepada anak muda itu, seorang lulusan politeknik, mengenai minatnya, dan adakah beliau mempunyai rancangan untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti.

Anak muda itu berkata beliau tidak pasti.

"Boleh bro, kena yakin bro," kata Encik Ardi kepada anak itu untuk memberi galakan.

Pemimpin kesatuan itu kemudian mendapat tahu belia berkenaan berminat dalam bidang kejuruteraan, dan bertanya jika beliau mahu menyertai program penempatan kerja dan latihan atau 'place and train'.

Cik Siti kemudian mengambil butiran mengenai anak muda itu, sambil berkata beliau akan memberikan butiran tersebut kepada Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan NTUC LearningHub, yang akan menghubungi beliau mengenai program atau kursus yang boleh disertainya.

Seorang lagi pemimpin kesatuan yang terlibat dalam usaha ini ialah Cik Shahna'z Harris, yang mengongsi pengalamannya dalam program itu dalam satu wawancara dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini.

Sebagai pendamping kepada penduduk, Cik Shahna'z berkata apa yang paling penting ialah untuknya mendengar cabaran atau masalah mereka serta memberi nasihat dan bimbingan yang tepat.

"Saya seperti rakan sukarelawan lain akan cuba mengenal pasti apa sebenarnya yang mereka perlukan - sama ada latihan, bimbingan mengenai pekerjaan atau peranan baru serta apakah saluran bantuan yang ada untuk kami hubungkan dengan mereka," ujarnya.

Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, menghargai komitmen pemimpin kesatuan yang terlibat dalam usaha itu.

"Pemimpin kesatuan turun padang dan membantu benefisiari secara langsung.

"Mereka pun ada kerja masing-masing tetapi mereka mengambil masa lepas kerja untuk adakan lawatan itu, dan mereka amat komited melakukannya," ujar Encik Fahmi, yang menerajui Bidang Tumpuan Empat (FA4) mengenai pekerjaan dan daya kerja di bawah M3.


PAMERAN DAN BENGKEL PEKERJAAN AKAN DATANG

1. Acara LMUnited pameran pekerjaan Gerakan Buruh
- Sekarang hingga 10 September.

2. Pameran kerjaya maya sektor sains bioperubatan
- Sekarang hingga 30 Jun.

3. Perekrutan kerja hotel
21 dan 28 Jun.

4. Bengkel dalam talian 'Elevator Pitch' (Penyampaian Idea),
30 Jun.

5. Bengkel dalam talian mengenai pencarian kerja,
5 Julai.

6. Bengkel dalam talian mengenai kemahiran wawancara,
11 Ogos.

7. Pameran kerjaya maya sektor perakaunan dan kewangan,
2 September.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai pameran ini di laman https://e2i.com.sg/events/


GLOSARI M KUASA TIGA (M3)

M KUASA TIGA (M3): Kerjasama antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) untuk mempertingkatkan masyarakat Melayu/Islam.

EMPAT BIDANG TUMPUAN (FA):

- FA1: Sokong perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak;
- FA2: Sokong individu dan keluarga rentan;
- FA3: Perkasa dan bimbing belia;
- FA4: Pekerjaan dan Daya Kerja.

M3@BANDAR

- Wadah bagi sukarelawan dan profesional berganding bahu untuk penuhi keperluan penduduk

- Lokasi M3@Bandar: Tampines, Pasir-Ris Punggol, Bedok, Chua Chu Kang, Jurong, Marsiling-Yew Tee, Nee Soon, Woodlands, Geylang Serai, Jalan Besar, dan Toa Payoh

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3