Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

CDC North West kini agih bantuan makanan empat kali setahun

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



HARGA barangan keperluan harian semakin meningkat bagi perbelanjaan isi rumah Cik Nur Amirah Keram.



Mula berasa kenaikan harga termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang meningkat sejak 1 Januari lalu, Cik Nur Amirah, 29 tahun, akur adalah penting untuk keluarganya cuba berjimat cermat sebanyak mungkin.



Dalam usaha menampung kos perbelanjaan keluarga empat anggota itu, Cik Nur Amirah bekerja sambilan di restoran tiga kali seminggu dan suaminya pula bekerja sepenuh masa dalam bidang logistik dengan jadual kerja yang panjang.



Ini membawa pendapatan purata isi rumah mereka kepada sekitar $1,900.



Sebagai pengasuh utama bagi kedua-dua anak perempuan berusia empat dan tiga tahun, keluarga Cik Nur Amirah tergolong dalam antara 8,000 isi rumah yang berpeluang 'membeli-belah' di gerai masyarakat.



Ia khusus bagi golongan memerlukan dalam inisiatif yang dikendalikan di bawah program WeCare @ North West Service Weeks+ di Blok 461A/B, Yishun Avenue 6.



Program itu telah dipertingkat dan kini, penduduk akan menerima bantuan makanan empat kali setahun berbanding sekali sahaja sebelum ini.



"Sokongan tambahan daripada CDC (Majlis Pembangunan Masyarakat) North West ini baik bagi kami sekeluarga.



"Sebelum ini kami menerima pek makanan setahun sekali, tetapi sekarang dengan pek itu diadakan setiap suku tahun, saya boleh berjimat dan menyimpan lebih wang pada tahun baru.



"Dengan wang simpanan itu, saya dapat membeli barangan keperluan lain untuk anak-anak saya," ujar Cik Nur Amirah yang menetap di Nee Soon Link bersama keluarganya selama tiga tahun.



Menurut Cik Nur Amirah, pek makanan yang diterima itu akan dapat bertahan selama sekitar seminggu untuk keluarganya kerana beliau juga sering memasak di rumah.



Cik Nur Amirah juga menerima baucar makanan tambahan berjumlah $80.



Termasuk di bawah Skim Bantuan Sewa dan skim kebajikan Divisyen North West, program tersebut bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah.



Seramai 900 relawan korporat dan masyarakat telah membantu dalam gerai masyarakat itu sejauh ini bagi penduduk berpendapatan rendah.



Program yang dipertingkat itu telah dimulakan sejak bulan lalu dan dijalankan di 14 divisyen North West.



Golongan relawan telah menyumbang tenaga, masa dan sumber untuk menyediakan lebih sokongan kepada penduduk kurang berpendapatan.



Di gerai masyarakat itu, penduduk boleh memilih barangan makanan yang diperlukan.



Memaparkan semangat kemasyarakatan yang kuat, CDC dan gabungan usaha sukarelawan telah mempercepat tempoh pengagihan kepada pertengahan bulan ini berbanding jangkaan berakhir pada Mac.



Ini tepat pada masa untuk menyebarkan keceriaan perayaan dan menaikkan semangat penduduk.



Encik Alex Yam, Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee yang juga Mayor CDC North West berkata:



"Tenaga dan semangat mereka untuk membantu golongan yang memerlukan telah membolehkan kami mempercepat usaha pengagihan makanan untuk berakhir pada Januari 2023 berbanding tempoh yang dirancang pada Mac 2023.



"Ini tepat pada masa untuk perayaan Tahun Baru Cina.



"Kami berterima kasih atas komitmen mereka, dan berharap tanda kecil ini akan menyebarkan keceriaan perayaan serta mengukirkan senyuman di wajah penduduk yang memerlukan di kawasan North West."



Berazam untuk berkhidmat kepada golongan yang memerlukan dan membawa perubahan kepada penduduk yang memerlukan ialah Leong Guan Food Manufacturer Pte Ltd (Leong Guan), rakan kongsi korporat baru yang berpangkalan di kawasan North West.



Syarikat itu bukan sahaja mengumpulkan pasukan pengurusan untuk menjadi sukarelawan di gerai masyarakat bahkan menaja 700 paket mi kuning segar dan kuetiau, bagi penduduk yang tinggal di Nee Soon Link menikmati hidangan untuk seisi keluarga.




"Tenaga dan semangat mereka untuk membantu golongan
yang memerlukan telah membolehkan kami mempercepat usaha pengagihan makanan untuk berakhir pada Januari 2023 berbanding tempoh yang dirancang pada Mac 2023.
Ini tepat pada masa untuk perayaan Tahun Baru Cina.
Kami berterima kasih atas komitmen mereka, dan berharap tanda kecil ini akan menyebarkan keceriaan perayaan serta mengukirkan senyuman di wajah penduduk yang memerlukan di kawasan North West."
- Encik Alex Yam, Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee yang juga Mayor CDC North West.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >