Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CDC South East dekati belia, perkenal kemahiran perdagangan

Mar 19, 2022 | 05:30 AM



KEKURANGAN tenaga kerja dalam pekerjaan berkaitan pertukangan dan perdagangan telah diburukkan lagi sewaktu tempoh Covid-19.



Dalam pada itu, ramai yang tidak begitu kenali evolusi industri ini di Singapura, kata Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



Itulah yang mendorong Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East untuk mendekati belia dengan matlamat utama iaitu memberi mereka pendedahan dengan harapan dapat mencetuskan minat serta menangani sebarang salah tanggapan tentang pekerjaan itu, katanya lagi.



Semalam, seramai 15 pelajar dari Sekolah Menengah Ping Yi menghadiri Siri Perkenalan Kemahiran Perdagangan itu.



Anjuran Jawatankuasa Siap Masa Depan CDC South East dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), sesi tersebut merupakan yang kedua dalam lapan sesi yang bakal dijalankan sepanjang tahun bagi sekolah serta belia dalam daerah South East.



Sesi kali ini merupakan program dua hari, yang disokong Institut Majlis Industri Perabot Singapura, mendedahkan belia dan pelajar kepada perkongsian mereka daripada industri tersebut dan pengalaman amali untuk mereka dan membina perabot sendiri menggunakan sofwe reka bentuk 3D.



Antara yang telah meraih manfaat ialah Muhammad Danial Mohd Sumitra, 15 tahun.



Pelajar Sekolah Menengah Ping Yi itu berkata beliau mempelajari bagaimana menggunakan sofwe Pytha yang memudahkan proses rekaannya, berbanding dengan cara tradisional menggunakan pena dan kertas.



"Bengkel ini juga telah mengajar saya bagaimana guna mesin untuk memotong kepingan kayu yang diperlukan untuk membuat perabot saya sendiri.



"Menerusi pengalaman ini, saya pelajari bahawa teknologi boleh memudahkan kerja yang diperlukan dengan banyak, ia menjimatkan banyak masa dan saya boleh melakukannya dengan lebih tepat.



"Melakukannya secara manual boleh memenatkan dan memakan masa," ujarnya yang menambah bahawa persepsinya sebelum ini bahawa industri ini memerlukan banyak kerja kasar telah berubah.



Encik Fahmi berkata penting untuk mereka mengenali pekerjaan sebegitu pada usia muda supaya lebih berpengetahuan dalam memutuskan apa yang ingin dipelajari atau apa yang ingin diceburi bagi pekerjaan pertama mereka.



"Selain pembuatan perabot, kami juga sedang meneroka industri perdagangan tradisional lain yang sedang berkembang, seperti makanan dan minuman (F&B) atau logistik, untuk menawarkan kepada peserta pelajar pendedahan lebih luas sambil membolehkan kami mendekati rangkaian rakan yang lebih besar," tambahnya.




"Bengkel ini juga telah mengajar saya bagaimana guna mesin untuk memotong kepingan kayu yang diperlukan untuk membuat perabot saya sendiri.

Menerusi pengalaman ini, saya pelajari bahawa teknologi boleh memudahkan kerja yang diperlukan dengan banyak..."

Muhammad Danial Mohd Sumitra, 15 tahun, pelajar Sekolah Menengah Ping Yi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >