Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BANTU MANGSA BANJIR DI MALAYSIA

Cef Bob ganding dengan warga SG di M'sia kumpul $10,000 dalam satu jam

Dec 29, 2021 | 05:30 AM



MELIHAT bagaimana ribuan rakyat Malaysia terjejas teruk akibat banjir, Encik Shahrizal Salleh, lebih dikenali sebagai Cef Bob, memutuskan untuk menggunakan wadah media sosialnya demi membantu mereka yang ditimpa malang.



Mengadakan satu penstriman secara langsung pada 22 Disember dengan kerjasama Syukran.com, platform pendidikan Islam serta Dr Zarina Gurrahman, seorang warga Singapura yang tinggal di Malaysia, mereka berjaya mengumpul $10,000 dalam masa satu jam.



Mengulas sokongan dan sumbangan yang diberi, Cef Bob melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan serta gembira dapat menggunakan platformnya untuk kebaikan yang lebih besar.



Dihubungi Berita Harian (BH), beliau menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang sasaran sebenarnya ketika memulakan penstriman secara langsung tersebut.



"Niat saya dari mula memang ikhlas pada malam itu dan tujuan kami adalah untuk hanya mengumpul derma sebanyak mungkin.



"Saya tidak fikirkan perkara lain lagi. Sifat murah hati rakyat kita saya rasa tidak boleh dinafikan dan saya amat berterima kasih kepada semua mereka yang telah menyumbang kepada usaha ini," katanya.



Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, cef selebriti itu juga telah melelong tiga buku masakan bertajuk 'Aroma' yang memuatkan 68 resipi turun-temurun yang beliau pelajari daripada ibunya.



Buku itu telah dilelong pada harga $100 setiap satu. Setiap jualan buku itu juga dipadankan oleh Cef Bob.



Sumbangan secara keseluruhan $10,000 itu dapat membantu pasukan Dr Zarina untuk membeli makanan harian bagi mangsaa banjir di Malaysia semasa tempoh ini.



Bermastautin di Malaysia selama tujuh tahun, kerja sukarelawan seperti ini bukan sesuatu yang baru bagi Dr Zarina.



Semasa pandemik Covid-19 ini, Dr Zarina telah menyediakan makanan percuma untuk gelandangan dan memerlukan kepada seramai 100 hingga 120 orang setiap hujung minggu.



Dalam satu panggilan telefon kepada Dr Zarina pula, beliau berkata setakat ini beliau telah berusaha untuk membantu mereka yang terjejas di kawasan Hulu Langat, Puchong dan Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh yang terletak di Selangor serta Taman Sri Muda di Shah Alam.



Menceritakan keadaan di seberang Tambak dengan suara yang sebak, Dr Zarina berkata jika sesiapa berada di sana secara fizikal, tidak ada siapa yang dapat mengawal air mata mereka.



"Ada yang bercerita apabila hujan mula turun, air naik ke buku lali mereka, tetapi selepas 10 minit ia naik hingga ke paras dada pula.



"Kereta-kereta semua terbalik," katanya.



"Salah satu hari itu pula, saya lihat mereka mengumpul mayat. Di pokok, di bawah pokok yang sudah tumbang.... Sedih sangat lihat keadaan di sini," kata Dr Zarina yang merupakan ketua pegawai eksekutif, Neurolife, syarikat pengeluar suplemen kesihatan dan kecantikan.



Meskipun berjaya mengumpul jumlah sumbangan yang besar dalam masa yang singkat, Cef Bob turut berkata masih terdapat lebih banyak yang boleh dilakukan sebagai warga Singapura.



"Saya gembira dapat menggunakan wadah saya untuk inisiatif seperti ini tetapi mereka masih memerlukan bantuan kita.



"Saya berharap dapat terus bekerjasama dengan Dr Zarina sekali lagi dan mengalu-alukan orang ramai untuk terus menyumbang kepada usaha ini. Tidak kira kecil atau besar, ia semua akan membantu," katanya.



Orang ramai boleh menghantar mesej melalui laman Instagram di @drzarinagurrahman untuk mendapatkan maklumat lanjut.




“Niat saya dari mula memang ikhlas pada malam itu dan tujuan kami adalah untuk hanya mengumpul derma sebanyak mungkin.

Saya tidak fikirkan perkara yang lain lagi. Sifat murah hati rakyat kita saya rasa tidak boleh dinafikan dan saya amat berterima kasih kepada semua mereka yang telah menyumbang kepada usaha ini.’’

– Cef Bob




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >