Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Cef Mel Dean, Ustazah Liyana 'turun padang', serikan BHazar BH

Apr 06, 2023 | 05:30 AM



DENGAR celoteh dan telatah Cef Mel Dean yang akan menunjukkan demonstrasi masakan di gerai BHazar Berita Harian (BH) di Anjung@Wisma Geylang Serai (WGS) pada Jumaat, 7 April.



Pengunjung juga boleh melihat sesi podcast secara langsung dengan Ustazah Liyana Musfirah yang akan menyentuh mengenai topik kesihatan mental dalam bulan Ramadan.



Dua acara itu akan diadakan pada 7 April.



Editor Podcast, Cik Shahida Sarhid, akan mewawancara Ustazah Liyana dalam podcast yang disiarkan secara langsung dari gerai BHazar BH ke media sosial BH di Instagram, Tik Tok dan Facebook dari 3.30 petang.



Sementara itu, Cef Mel Dean pula akan menunjukkan demo masakan iaitu Quesadilla Daging Lembu Keju-Guacamole Sambal Hijau dan Salsa Mangga dari jam 5.30 petang.



BHazar BH telah dimulakan sejak 31 Mac dalam usaha BH untuk mendekati para pembacanya.



Ia juga merupakan usaha untuk meningkatkan bilangan pengikut BH di Facebook, Instagram dan Tik Tok.



Acara itu, yang diadakan dengan sokongan WGS, akan diadakan sehingga 20 April.



Pengunjung digalak menyertai tinjauan yang diadakan di gerai BH dan 'Like' dan 'Follow' sosial media BH.



Mereka berpeluang mendapat beg tote percuma.



Pada Jumaat, 14 April, pengunjung juga boleh melihat podcast bersama pemenang pingat emas Sukan SEA dan juara dunia pencak silat, Nurul Suhaila Mohd Saiful.



Pada 20 April, Cef Mel Dean akan sekali lagi tampil dengan resipi baru iaitu Enchilada Rendang.



Ahad lalu (2 April), penggemar Kugiran Masdo mengerumuni BHazar BH untuk melihat band dari Malaysia itu diwawancara oleh Cik Shahida dan wartawan multimedia BH, Encik Harith Mustaffa.



Kugiran Masdo juga sempat membuat persembahan akustik di gerai itu.



Semua dipersilakan hadir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >