Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z

Cemerlang akademik, gemilang kerja amal

Lakukan kerja sukarela bersama kanak-kanak dan warga emas serta Food Bank Singapura sejak di bangku sekolah menengah
Oct 14, 2021 | 05:30 AM



Seramai 496 pelajar diiktiraf semasa upacara Anugerah Mendaki tahun ini. Dalam acara hibrid yang berlangsung secara fizikal di Wisma Mendaki dan di alam maya itu, mereka menerima 508 anugerah yang mengiktiraf pencapaian mereka dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Ini termasuk Anugerah Mendaki, Anugerah Cemerlang Mendaki, Anugerah Belia Cemerlang Mendaki, Anugerah Pencapaian Akademik, Anugerah Pencapaian Khas bagi Kecemerlangan (Bukan Akademik) dan Anugerah Gemilang Mendaki. Tetamu terhomat, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, menyampaikan anugerah kepada penerima yang hadir di Wisma Mendaki. Berita Harian memaparkan dua daripada mereka. 



BELIAU antara 71 penerima Anugerah Cemerlang Mendaki yang lulus dengan ijazah kepujian kelas pertama tahun ini.



Dengan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, Cik Reena Chandini, 23 tahun, yang lulus ijazah sarjana muda sains kemasyarakatan dengan kepujian (kepujian tertinggi) dalam bidang sains politik dari Universiti Nasional Singapura (NUS), meraih GPA 4.52 dan berada dalam Senarai Dekan bagi tahun akademik 2018/2019.



Namun, dedikasinya kepada kecemerlangan dalam bidang akademik dan mengejar ilmu sama penting dengan usaha murni beliau menyumbang semula kepada masyarakat sejak usia muda.



Maka tidak hairanlah jika anak sulung daripada dua adik-beradik ini turut diiktiraf dengan Anugerah Gemilang Mendaki kerana memaparkan ciri '3K' yang membentuk Masyarakat Gemilang iaitu keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan.



Anugerah itu mengiktiraf individu yang meninggalkan kesan positif pada kehidupan orang lain selain meraih pencapaian sendiri.



Menurut Cik Reena, yang turut menyampaikan ucapan di upacara Anugerah Mendaki itu, seorang pegawai perkhidmatan awam pernah berkata beliau bertuah dapat meraih peluang terbaik yang dapat memperkaya pengalaman yang dilaluinya selama ini.



"Ia mengingatkan saya akan pentingnya usaha membantu orang lain dan menyumbang semula kalau boleh," ujarnya.



Sejak di bangku sekolah menengah, Cik Reena mula melakukan kerja sukarela bersama kanak-kanak dan warga emas serta Food Bank Singapura.



Semasa di universiti pula, beliau giat menjalankan kerja sukarela dengan individu berkeperluan khas termasuk bersama Persatuan Golongan Keperluan Khas (APSN) dan Olimpik Khas Singapura.



"Saya rasa perkara paling penting yang saya pelajari ialah pentingnya mempunyai pandangan yang positif agar dapat menangani apa jua cabaran yang kita hadapi.



"Pengalaman ini juga mengingatkan saya akan pentingnya membangunkan sebuah masyarakat inklusif, dan usaha ini masih sedang dijalankan," ujarnya.



Namun, beliau akur kadangkala berasa bimbang apakah langkah yang diambilnya mencukupi dan dapat meninggalkan kesan pada golongan yang dibantunya.



Oleh itu, beliau bercakap dengan individu sehaluan dan cukup puas hati apabila benefisiari yang dibantu berkata mereka seronok menikmati kegiatan yang dirancangnya, gembira melihatnya di acara dan menyambut kehadirannya dengan ghairah.



Baginya, ini menunjukkan bahawa beliau telah meninggalkan kesan dan ini pengalaman yang amat bermakna buatnya.



Dalam ucapannya di upacara Anugerah Mendaki, tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, antara lain menggalak belia menyumbang semula kepada masyarakat sedang mereka mengejar impian dan mencapai cita-cita mereka.



"Mereka boleh menjadi sumber inspirasi bagi generasi akan datang dengan menjadi suri teladan dan mentor yang baik.



"Mereka juga boleh memulakan projek baru dalam bidang yang mereka minati untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Dengan cara ini, kami dapat memperbaharui dan mengukuhkan semangat gotong-royong bagi era baru," ujar Encik Heng.



Malah, beliau gembira ramai penerima Anugerah Mendaki tahun ini sudah pun menabur bakti kepada masyarakat.



Cik Reena turut menggalak lebih ramai belia melibatkan diri dan menyumbang jika mereka ada sumber, masa dan wang lebih atau sekadar mendengar keprihatinan mereka yang memerlukan.



"Kalau anda tidak pasti cara untuk mulakannya, carilah sesuatu yang anda minat dan... majukannya. Anda juga boleh menghubungi Mendaki, yang menawarkan banyak peluang bagi kerja sukarela," ujarnya.




ANTARA ANUGERAH MENDAKI TAHUN INI



ANUGERAH MENDAKI



Mengiktiraf pelajar Muslim cemerlang dalam peperiksaan nasional dan antara pelajar 10 peratus terbaik dalam kohort nasional. • 386 penerima



ANUGERAH CEMERLANG MENDAKI



Pelajar lulus dengan ijazah kepujian kelas pertama. • 71 penerima



ANUGERAH GEMILANG MENDAKI



Mengiktiraf pelajar memaparkan ciri '3K' yang membentuk Masyarakat Gemilang, iaitu keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan. • 4 penerima



ANUGERAH PENCAPAIAN AKADEMIK



Mengiktiraf pelajar terbaik dalam kohort dalam kursus pengajian yang diikuti. • 39 penerima



ANUGERAH BELIA CEMERLANG MENDAKI



Bertujuan merangsang masyarakat memupuk sifat belajar sepanjang hayat dan menyokong belia mengecapi kecemerlangan. • 5 penerima



ANUGERAH PENCAPAIAN KHAS KECEMERLANGAN (BUKAN AKADEMIK)



Mengiktiraf pelajar cemerlang dalam bidang bukan akademik dan meraih pencapaian baik di pertandingan tempatan, serantau atau antarabangsa. • 3 penerima




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >